25.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 24, 2020

DI MANA TONG KOOI ONG? – SPRM Sengaja lewatkan siasatan SRC International

Kebenarannya sudah keluar sekarang. Peguam Negara yang didakwa menjadi kroni Perdana Menteri dan didakwa menjadi penghalang dalam siasatan, sebenarnya mahu kesemuanya ditamatkan bulan lepas. SPRM, walaubagaimanapun, telah melambatkan siasatan dan enggan mematuhi tarikh akhir, dan meminta untuk dilanjutkan sehingga hujung tahun ini.

1mdb-peguam-negara

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, memberi Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga hujung Oktober 2015 untuk menamatkan siasatannya terhadap isu 1MDB dan RM2.6 bilion. Dan beliau mahu fail yang akan diberikan kepadanya dimasukkan dengan kenyataan Perdana Menteri Najib Tun Razak.

Walaubagaimanapun, di Parlimen bermula Oktober dan Disember, UMNO akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya. Oleh itu, SPRM tidak mahu melihat perkara tersebut berakhir pada Oktober kerana pada November, mereka ingin cuba untuk menggulingkan Najib, walaupun terdapat undi tidak percaya di Parlimen, dan jika itu gagal, mereka akan cuba lagi melalui Perhimpunan Agung UMNO pada Disember.

Jadi, SPRM telah meminta untuk lanjutan dan Peguam Negara telah memberi mereka sehingga hujung tahun ini. Menjelang akhir tahun ini, ia tidak menjadi masalah kerana sama ada Najib sudah digulingkan ketika itu – atau masih lagi dalam pejabat dan akan kekal untuk satu masa.

Siasatan SPRM tidak akan menjadi masalah, melainkan mereka mempunyai bukti jenayah telah dilakukan – dan sekiranya mereka mempunyai bukti, anda boleh bertaruh yang mereka akan menangkap Najib dan beliau akan berada di sebelah lokap Anwar Ibrahim di Penjara Sungai Buloh.

Kebenarannya sudah keluar sekarang. Peguam Negara yang didakwa menjadi kroni Perdana Menteri dan didakwa menjadi penghalang dalam siasatan, sebenarnya mahu kesemuanya ditamatkan bulan lepas. SPRM, walaubagaimanapun, telah melambatkan siasatan dan enggan mematuhi tarikh akhir, dan meminta untuk dilanjutkan sehingga hujung tahun ini.

Apa yang ‘Malaysia Today’ dakwa sebelum ini adalah benar. SPRM mahu megheret isu ini selagi boleh kerana selagi fail masih terbuka, mereka boleh menggeledah rumah dan pejabat, dan merampas dokumen dan komputer, dan menjual maklumat kepada media alternatif dan dalam talian untuk wang yang banyak.

Jika SPRM telah mengemukakan laporannya kepada Peguam Negara bulan lepas seperti yang diminta, dan jika dalam laporan tersebut tiada bukti sebarang jenayah, gerakan untuk menggulingkan Perdana Menteri akan lumpuh. Tanpa bukti, Peguam Negara terpaksa mengecop fail tersebut sebagai ‘NFA’ dan berakhirnya konspirasi. Najib akan terselamat.

Seperti sekarang, SPRM (dan juga Peguam Negara) masih belum memberi Najib kenyataan yang menunjukkan beliau dalam keadaan baik. Dan memandangkan SPRM (dan juga Peguam Negara) masih belum melaporkan Najib sebagai tidak bersalah, kita sepatutnya beranggapan bahawa beliau tidak bersalah. Ini adalah doktrin mudah iaitu ‘bersalah hanya apabila terbukti bersalah’.

Sementara itu, pusingan seterusnya serangan media sedang dirancang. Kedua-dua media, tempatan dan luar negara akan digunakan untuk menyerang Najib untuk sebulan yang akan datang, sehingga pertengahan Disember. Ini adalah usaha terakhir untuk menyingkirkan Najib sebelum Krismas kerana jika perkara itu tidak berlaku sebelum Krismas, ia pasti tidak akan berlaku sama sekali.

Tong Kooi Hong telah hilang dan walaupun pasport Malaysianya telah dibatalkan, namun ia tidak menjadi masalah kerana beliau mempunyai beberapa passport yang lain yang boleh digunakan untuk ke luar negara. Tong kali terakhir dilihat di Scotland, di mana beliau telah berjumpa dengan seorang blogger dan wartawan Britain, di mana mereka telah membincangkan gelombang serangan seterusnya.

Penasihat satu kali SPRM yang telah ditahan itu juga melawat UK di mana beliau telah berjumpa blogger dan wartawan Britain yang sama, untuk menghantar dokumen terbaru daripada SPRM – sekali lagi, akan digunakan untuk serangan bagi sebulan yang akan datang. Senjata sudah ada, peluru sudah dimasukkan. Hanya tinggal menunggu isyarat untuk menembak.

Peguam Negara telah meminta Najib untuk menerangkan tentang RM2.6 bilion dan Perdana Menteri mengesahkan bahawa beliau akan melakukannya. Dan beliau bukan sahaja ingin menerangkan kepada SPRM, malah kepada Parlimen untuk meredakan isu ini.

Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy juga akan memberikan keterangannya semasa pendengaran PAC pada 1 Disember 2015 – dan dikatakan beliau telah bersedia dengan segala dokumen yang akan memulihkan keadaan berkenaan dakwaan bahawa RM42 bilion telah hilang tanpa dikesan dan Najib mencuri wang 1MDB.

Setelah menggunakan semua yang ada, apa lagi yang mereka boleh gunakan untuk melawan Najib? Mungkin terdapat satu lagi perkara yang belum didedahkan. Dan benda itu adalah laporan SPRM kepada Peguam Negara. Dan sebab itulah mereka tidak mahu mengemukakan laporan mereka bulan lepas sebagaiman yang telah diminta oleh Peguam Negara.

SPRM meminta dilanjutkan sehingga hujung tahun supaya pada pertengahan Disember mereka akan cuba menggulingkan Najib semasa perhimpunan UMNO. Jika laporan SPRM kepada Peguam Negara telah dikemukakan pada bulan Oktober, jadi Perhimpunan UMNO pada Disember tidak akan mempunyai sebarang isu dengan Najib, dan gerakan untuk menggulingkan beliau semasa perhimpunan tersebut akan gagal. Begitulah bagaimana permainan tersebut perlu dimain.

http://www.malaysia-today.net/where-is-tong-kooi-ong/

Berita Berkaitan

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MPS sita pejabat Azmin, Hilman

Pejabat ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak...

Potong Elaun Nelayan, Muhyiddin Lupa Dulu Dia Bersama PH? – Salahuddin Ayob

Pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kenaikan Elaun Sara Hidup Nelayan dari...

Shahril Hamdan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menjadi pemimpin ke-2 parti itu yang disahkan positif Covid-19 minggu ini, selepas pulang dari Sabah. Sumber parti itu pada Isnin...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,342PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan