Statistik Corona

Malaysia
2,082,876
Confirmed
Updated on September 19, 2021 00:55 12:55 am
Malaysia
1,840,450
Recovered
Updated on September 19, 2021 00:55 12:55 am
Malaysia
219,359
Active
Updated on September 19, 2021 00:55 12:55 am
Malaysia
23,067
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,188,529
Confirmed
Updated on September 19, 2021 00:55 12:55 am
Indonesia
3,983,140
Recovered
Updated on September 19, 2021 00:55 12:55 am
Indonesia
140,323
Deaths
Updated on September 19, 2021 00:55 12:55 am

Thailand

Thailand
1,462,901
Confirmed
Updated on September 19, 2021 00:55 12:55 am
Thailand
1,317,527
Recovered
Updated on September 19, 2021 00:55 12:55 am
Thailand
15,246
Deaths
Updated on September 19, 2021 00:55 12:55 am

Global

All countries
228,897,177
Confirmed
Updated on September 19, 2021 00:55 12:55 am
All countries
203,774,223
Recovered
Updated on September 19, 2021 00:55 12:55 am
All countries
4,698,879
Deaths
Updated on September 19, 2021 00:55 12:55 am

Di sebalik kejayaan Ejen Ali sebagai program TV kanak-kanak terbaik Asia

Animasi Ejen Ali Misi: Juang dinobatkan sebagai pemenang Program TV Kanak-Kanak Animasi 3D Terbaik, Anugerah Kandungan Asia 2021 (Content Asia Awards 2021) di Singapura baru-baru ini.

Namun, kemenangan itu tidak datang bergolek. Pelbagai proses dan cabaran terpaksa dihadapi pasukan belakang tabir animasi ini yang digelar WAUrioirs. Ia diceritakan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation, Usamah Zaid Yasin dalam satu sidang media baru-baru ini.

“Kamimenghasilkan Ejen Ali Misi: Juang dalam tempoh pandemik. Jadi, kami semua bekerja dari rumah dan kadangkala berhadapan beberapa cabaran seperti faktor logistik dan kelajuan internet. Namun, masing-masing menunjukkan semangat luar biasa untuk menghasilkan animasi ini.

“Memandangkan ia dihasilkan dalam tempoh pandemik, kami juga ingin berterima kasih kepada para petugas barisan hadapan yang komited melaksanakan tugas mereka memerangi COVID-19,” katanya.

Jalan cerita dalam misi ini sangat menarik apabila setiap watak yang ditampilkan menggunakan pelitup muka, penyukat suhu badan dan tidak ketinggalan juga batang kapas seperti ujian calitan.

Secara tidak langsung ia mendidik anak-anak kita tentang kepentingan tiga perkara tersebut dalam situasi masa kini. Lebih istimewa apabila ia menampilkan watak cameo Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bergabung dengan Ejen M.A.T.A bertempur melawan virus COVID-19.

WAU Animation mengambil masa hampir enam bulan menyiapkan animasi pendek berdurasi 3:22 minit ini dan jalan ceritanya sarat mesej berharga buat kita semua.

Animasi ini bertambah menarik apabila lagu runut bunyi Kita Jaga Kita nyanyian Altimet turut menjadi siulan ramai dan sering ke udara di radio.

Sehingga kini, animasi pendek Ejen Ali Misi: Juang telah berjaya meraih 17 juta tontonan menerusi saluran YouTube rasminya. Kolaborasi antara WAU Animation Sdn. Bhd. dan Primeworks Studios Sdn Bhd ini merupakan kempen khidmat masyarakat menghargai jasa dan pengorbanan petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus dalam melawan virus COVID-19.

Apa yang lebih menggembirakan, sebelum temu ramah berakhir, pasukan WAU Animation sempat memberi bayangan sedang mengusahakan filem kedua Ejen Ali The Movie.

Namun, mereka perlu melihat pelbagai sudut dan kesesuaian untuk memasarkan filem tersebut di era pandemik. Pasti ramai teruja menyaksikan perkembangan filem animasi di Malaysia yang semakin hebat ini. Tahniah kami ucapkan!

Berkaitan