Najib Razak: Dia hamba Sarawak … - pakdin.my

Gabungan Parti Sarawak (GPS) lewat malam tadi membuat keputusan. Apa yang berlaku pada hari ini, maka DS Najib Razak mesti dilantik menjadi orang tengah mereka dalam usaha pembentukan kerajaan baru [1]

Menjadi persoalan, kenapa orang tiada kuasa seperti DSN diperlukan sebagai mediator dalam rundingan perubahan kerajaan paling epik dalam sejarah? Kenapa bukan Abang Johari? Kenapa bukan mana-mana tokoh Sarawak sendiri yang masih berpengaruh dalam negeri?

Kerana jasa.

Jasa DS Najib kepada Bumi Kenyalang ini terlalu banyak. Sehinggakan Tun Mahathir sendiri pada tahun 2016 pernah menggelarkan DS Najib sebagai hamba Sarawak. [2]

Gelaran itu bukan main-main. Ia berlaku disebabkan Tun Mahathir sendiri melihat bagaimana DS Najib terlalu memanjakan negeri ini. Tak pernah berlaku bagaimana dalam tempoh 9 tahun sahaja, DSN telah melawat Sarawak sebanyak 60 kali di 160 lokasi.

Lim Guan Eng?

Nak baiki sekolah usang pun disuruh Sarawak terlebih dulu bayar hutang sendiri. Nak buat bajet pun dihina Sarawak akan bangkrap 3-4 tahun lagi.

Pada 2017, DS Najib ialah orang yang bertanggungjawab mengembalikan Empangan Bakun bernilai RM7.4 bilion kepada kerajaan Negeri hanya dengan bayaran RM2.5 bilion. Walhal 7 tahun sebelum itu, kerajaan negeri sendiri menawarkan untuk membeli empangan tersebut dengan harga RM7 bilion [3]

Empangan yang kini dioperasikan oleh anak syarikat kerajaan negeri, Sarawak Energy Berhad (SEB) adalah empangan hidroelektrik terbesar di Malaysia dengan keluasan menyamai negara Singapura. Dan mampu menghasilkan tenaga elektrik sebanyak 2,400 MW; cukup bagi menampung kehendak elektrik seluruh negeri.

Empangan Bakun ini adalah projek bermasalah yang tergendala 2 kali (1986 dan 1997), diswastakan pada tahun 1993, sehinggalah kerajaan pusat membeli semula pada awal dekad 2000-an.

Pemindahan hak milik dengan harga rendah dan keuntungan yang dinikmati oleh kerajaan negeri melalui penghasilan elektrik Bakun adalah antara punca rizab negeri berjaya melepasi angka RM30 bilion pada tahun 2017.

Begitu juga dengan infrastruktur. Ramai orang tahu bagaimana usaha DSN memakmurkan Malaysia Timur melalui pembinaan Pan Borneo bernilai RM14 bilion.

Tetapi ramai tidak tahu bahawa antara jasa besarnya adalah dengan membina infrastruktur jalan raya yang menghubungkan Kapit dan Sibu sepanjang 102km termasuk pembinaan jambatan Sungai Kanowit. Mungkin ia kelihatan remeh, tetapi ia membawa impak besar kepada kawasan pedalaman seperti Kapit yang selama ini sangat mundur.

Lihatlah sendiri lokasi Kapit dalam peta Sarawak.

Apa yang dibuat kepada Sarawak adalah hampir sama dengan negeri-negeri lain termasuk Kelantan. Ingat, Kelantan buat pertama kali mendapat kelulusan lebuhraya dan pelabuhan besar Tok Bali pada zaman beliau. Tak termasuk ECRL yang akan memberi impak ekonomi kepada negeri ini (tetapi PH akhirnya mengurangkan stesen daripada 5 kepada 2 sahaja)

Bagi negeri2 lain juga, mereka mendapat manfaat. Terutamanya dengan konsep pajakan aset air yang mengurangkan hutang negeri kepada pusat dengan begitu ketara. Ia adalah cara bagaimana Pulau Pinang berjaya menghapuskan hutang RM655 juta tetapi DAP tak tahu malu claim itu kerja buat mereka.

Begitulah cara DSN mengubah negara. Ya, dia tidak sempurna. Dia ada kelemahannya. Tetapi jasa-jasanya akan terus menjadi legasi yang dikenang seluruh negara

Sekarang fahamkah kita kenapa GPS terlalu menghormati DS Najib dan lebih rela bersama PAS berbanding DAP? [4]

#AmbilSemulaNegaraKita
#ReclaimOurNation

—–
Oleh Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Rujukan:

[1] https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/658842/gps-minta-najib-jadi-orang-tengah

[2] https://malaysiadateline.com/mahathir-akan-kerja-keras-kalahkan-bn-di-k-kangsar-dan-sg-besar/

[3] https://www.thestar.com.my/news/nation/2010/09/28/bakun-dam-sale-not-a-bailout/

[4] https://m.malaysiakini.com/news/512035

UTAMANAJIB RAZAKNajib Razak: Dia hamba Sarawak ...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium