Diancam: Sengaja buat tak faham, Muhyiddin persoal motif Najib [Video]

Muhyiddin ni ada masalah mental atau bingai agaknya. Mungkin juga kesan proses kimotrapi yang dijalaninya atau sengaja buat-buat tak faham. Nak jadi menteri rejim Pakatan Harapan wajib jadi bingai.

- Advertisement -

Jelas motifnya, ada laporan polis dan apa yang hendak ditekankan oleh Najib adalah kesan dari peristiwa itu beliau telah dikawal dengan lebih ketat oleh pihak keselamatan dan ini menyebabkan beliau tidak dapat terlalu rapat dengan rakyat. Tak ada pun Najib menyebut mengaitkannya dengan Pakatan Harapan. Suruh Muhyiddin dengar balik video.

BACA sini: [Video] Najib pernah jadi sasaran penembak tepat
https://pakdin.my/video-najib-pernah-jadi-sasaran-penembak-tepat/

DAN disini: Sasaran penembak tepat terhadap Najib – Bukti bergambar
https://pakdin.my/sasaran-penembak-tepat-terhadap-najib-bukti-bergambar/

…………….
Kenyataan Muhyiddin:

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempersoalkan tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak yang baru mendedahkan dirinya pernah menerima ancaman penembak tepat atau ‘sniper’, di Pekan, Pahang, dua tahun lepas.

Bekiau berkata, kenapa persoalan itu ditimbulkan sekarang kerana pada 2017 Najib masih menjadi Perdana Menteri dan soal-soal negara di tangannya, jika ada peristiwa ditembak oleh sniper atau sesiapa pun, apa Perdana Menteri dan polis (ketika itu) buat

“Jika itu satu perbuatan yang agaknya berniat jahat, ini bukan perkara main-main dan sepatutnya mereka memandang berat waktu itu dan minta supaya pihak berkuasa di bawah kekuasaan beliau sebagai Perdana Menteri untuk buat siasatan,” katanya di sini, hari ini.

Muhyiddin yang juga ahli Parlimen Pagoh berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Lembu Korban Parlimen Pagoh di Taman Pagoh Jaya, di sini hari ini.

Beliau berkata, jika benar laporan polis telah dibuat pada ketika itu, sudah tentu kerajaan tidak akan memandang ringan terhadap kejadian yang membabitkan pemimpin negara.

“Siasatan segera perlu dilakukan bagi mengenal pasti siapa dalang yang terbabit. Pada waktu itu bukan Pakatan Harapan yang memegang kerajaan, kami di sebelah pihak pembangkang.”

Baru-baru ini Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan dilaporkan berkongsi insiden itu ketika berucap di Wacana Ilmu: ‘Hard Truth: Cash is King’ di Kuala Lumpur, dengan mendakwa tembakan itu disasarkan di tepi kaca cermin bilik pejabatnya.

Dengar balik video apa yang dimaksudkan oleh Najib.

Lihat video: https://youtu.be/4VGwNX58PaM

Berita Berkaitan

Komen

......
Comments are closed.

Advertisment

Instagram

Terkini

[Video] Covid-19: Dakwa negara amalkan sentimen perkauman, Dr Adham minta Al Jazeera contohi media tempatan

Tindakan rangkaian berita antarabangsa Al Jazeera melaporkan wujud isu perkauman terhadap warga asing ketika kerajaan menangani Covid-19 mampu mencemarkan nama baik negara. Menteri Kesihatan Datuk...

[Video] Covid-19: Dakwa negara amalkan sentimen perkauman, Dr Adham minta Al Jazeera contohi media tempatan

Tindakan rangkaian berita antarabangsa Al Jazeera melaporkan wujud isu perkauman terhadap warga asing ketika kerajaan menangani Covid-19 mampu mencemarkan nama baik negara. Menteri Kesihatan Datuk...

Pak Kadir lebih tahu siapa yang sebenar meruntuhkan perniagaan UMNO, Fleet Holding

Semalam Pak Kadir Jasin cuba menyerang DS Najib dalam isu MRCB dan Fleet Holdings. Saya tak minat isu MRCB, tetapi saya sangat minat isu...

Boleh simpan YB belot, tetapi kerusi PRU milik parti dahulu

“Kamu boleh simpan YB (ahli Parlimen) belot, tetapi kerusi (pilihan raya) tetap milik parti dimenangi dahulu.” Demikian kenyataan tegas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri...

BN masih relevan menang PRK Chini, kata Zahid

Kemenangan enam kali dalam pilihan raya kecil (PRK) termasuk yang terbaru di PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini malam tadi membuktikan Barisan Nasional (BN)...

250 ahli PKR Ampang keluar parti, cabang bubar serta-merta

Seramai 250 orang ahli PKR Cabang Ampang mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta hari ini kerana hilang kepercayaan terhadap parti itu. Naib Ketua Cabang PKR...

Sering Dibaca

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.

Projek JUAL NEGARA oleh Rejim PH dah settle – jom kita bersorak dengan gembira

Dalam rundingan. Ramai yang minat. Sabar. Tapi mesti kasi settle. Syarikat lapangan terbang Malaysia Airports Berhad ada jual tak?