Dibuang oleh Maszlee ‘stokin’, kini Tun Zaki dilantik Ketua Hakim Mahkamah Kewangan Dubai - pakdin.my


Tahniah Bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi yang telah dilantik menjadi Ketua Hakim Mahkamah Kewangan Dubai oleh Pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum.

Maszlee Malik buang beliau dari menjadi Pengerusi Universiti Malaysia Sabah baru-baru ini kononnya atas alasan lantikan politik BN.

Dubai iktiraf dan lantik beliau ke jawatan utama negara mereka! Gaji tak payah cakap lah….Confirm 6 ke 7 digit. 🤗

Bekas Pengerusi Universiti lantikan BN bertaraf global. Presiden UIA sekarang bertaraf kasut dan stokin je. 😂

Pergi Jepun, konon dapat idea nak buat program sarapan percuma untuk anak-anak orang susah. Padahal benda ni dah berpuluh tahun kerajaan BN buat di bawah Rancangan Makanan Tambahan.

………………….

Tun Zaki dilantik KH Mahkamah Tengah Kewangan Antarabangsa Dubai

Bekas Ketua Hakim Malaysia, Tun Zaki Azmi dilantik sebagai Ketua Hakim Mahkamah Tengah Kewangan Antarabangsa Dubai (DIFC).

Menurut kenyataan pejabat media Kerajaan Dubai, perlantikan beliau oleh Pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, akan berkuatkuasa 14 Nov.

Zaki, 73, menyertai Mahkamah DIFC pada Disember 2013, kira-kira dua tahun selepas beliau bersara sebagai Ketua Hakim Negara ini.

Mahkamah DIFC mengendalikan masalah sivil dan komersial di Dubai, satu daripada pusat kewangan terkemuka di dunia.

Ini termasuk masalah berhubung dari pemindahan kewangan antarabangsa yang sofistikated hinggalah kepada kutipan hutang dan pekerjaan.

Zaki, yang berada di Dubai, memberitahu Bernama bahawa perlantikan itu datang dengan ‘penuh kejutan’.

“Alhamdulillah, saya dua kali menjadi Ketua Hakim,” katanya menerusi WhatsApp.

Karier Zaki turut menyaksikan beliau mencapai beberapa lagi pencapaian yang mengagumkan.

Pada September 2007, dari seorang pengamal peguam beliau dilantik terus sebagai hakim Mahkamah Persekutuan, perlantikan terus yang pertama seumpama dalam sejarah kehakiman Malaysia.

Dua bulan kemudian, beliau dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan sebelum menjadi Ketua Hakim pada Oktober 2008 sehingga beliau bersara pada September 2011.

Di samping itu, Zaki dilantik Ketua Hakim Malaysia, dan ia juga menjadi yang pertama dalam sejarah dunia apabila seorang ayah dan anak pernah mengetuai sebuah badan kehakiman negara.

Bapanya, Allahyarham Tun Azmi Mohamed, adalah Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan dari 1968 hingga 1974.

Bernama

UTAMAPOLITIKDibuang oleh Maszlee 'stokin', kini Tun Zaki dilantik Ketua Hakim Mahkamah Kewangan...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium