Didenda RM334,320 kerana tayang payudara - pakdin.my

AMERIKA SYARIKAT – Seorang model menerima padah apabila didenda sebanyak AS$80,000 (RM334,320) selepas menayang payudaranya semasa menyaksikan perlawanan besbol di stadium.

news.com.au melaporkan, Julia Rose melakukan perkara itu bersama dua lagi temannya, Lauren Summer dan Kayla Lauren di dalam stadium di Washington, Amerika Syarikat minggu lalu.

Dia memberitahu, tindakan itu dilakukan ketika pada perlawanan besbol kerana berpeluang untuk disiarkan dalam televisyen dan meraih perhatian ramai.

Pada mereka, tindakan yang dianggap tidak senonoh itu dibuat untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kanser payudara.

Ketiga-tiga mereka merancang untuk melakukan lebih banyak aksi sedemikian dalam acara sukan pada masa akan datang.

Mereka juga dikatakan dikenali kerana mempunyai ramai pengikut di laman sosial Instagram. – News.com

UTAMADUNIADidenda RM334,320 kerana tayang payudara

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium