Diganggu makhluk halus, lelaki ini berhenti selepas hanya tiga hari bekerja

Kisah diganggu makhluk halus ketika menjalankan tugas bukan suatu perkara yang baru.

- Advertisement -

Rata-rata yang menjadi mangsa ‘gurauan’ makhluk itu kebiasaannya bertugas pada waktu malam atau di kawasan terpencil dan sunyi.

Pengalaman sama dikongsikan seorang lelaki bernama Muhammad Khalid Amiruddin di laman sosial Twitter yang pernah berdepan ‘gangguan’ ketika bekerja sebagai penghantar pizza.

Muhammad Khalid menceritakan panjang lebar kisah diganggu makhluk halus di sebuah pangsapuri di ibu negara ketika menghantar pesanan pelanggan.

Menurut Muhammad Khalid, kisah seram di pangsapuri terbabit bermula sebaik beliau menjejak kaki di aras lapan bangunan itu.

Katanya, perasaan takut mula menyelebungi diri selepas terdengar beberapa bunyi ‘pelik’ sebelum melihat kelibat seorang perempuan tua melambai-lambai ke arahnya.

“Tiba-tiba saya dengar orang jerit lalu tepi macam orang terjun bangunan. Bamm! Macam bunyi terhempas. Saya larilah tengok ke bawah. Aik, tak ada apa pun, hurm macam seram saja.

“Hari makin gelap. Tetapi lampu di depan rumah dia tak pasang. Sebelah tu ada tangga kecemasan pintu terbuka luas. Bapak gelap tangga tu, lampu pun tak menyala sampai saya buka lampu di telefon bimbit. Tunggu lif naik dengan hati berderau.

“Pandang pintu besi lif, tiba-tiba saya nampak sebelah rumah amoi (pelanggan) itu ada orang pegang pagar, makcik tengah lambai-lambai aku, sambil ketawa perlahan,” coretnya di Twitter.

Takut dan seram dengan insiden yang dihadapi, Muhammad Khalid kemudian terus bergegas menaiki lif untuk keluar dari bangunan itu sebelum sekali lagi berdepan ‘gangguan.’

Kali ini, pintu lif dinaiki Muhammad Khalid seakan-akan rosak dan sekaligus membuatkan dirinya seperti mahu pengsan dan terkencing di dalam seluar.

Walaupun pengalaman seram Muhammad Khalid telah lima tahun berlalu, namun katanya ia tetap jelas berada dalam ingatan.

Jelasnya, pengalaman diganggu makhluk halus itu juga membuatkan beliau mengambil keputusan berhenti menjadi penghantar pizza walaupun hanya baru tiga hari menjalankan tugas di syarikat berkenaan.

Setakat ini, kisah seram Muhammad Khalid dikongsi lebih 1,800 pengguna Twitter.

Berita Berkaitan

Komen

......
  1. Itulah lah kementerian pelajaran, buat 3shift untuk pegawai keselamatan, semata Mata nak jimat duit overtime, tapi mereka tidak tahu bertapa bahaya pegawai menjalankan tugas di waktu malam, sekiranya berlaku sesuatu Yang tidak dikehendaki apa dan siapa akan Bantu pegawai tersebut, depa tak pa lah tidur dgn anak bini, malah gaji juga telah dikurangkan bagaimana akan mereka jalankan penghidupan dengan pendapatan $1200,boleh Kahn menteri hidup dgn pendapatan itu, pegawai bangla, Vietnam dan Nepal yg beketa sebagai pegawai keselamtan pun ambil gaji sebanyak $2000, apa kerajaan Malaysia Baru buat macam ini, SIAL PUNYAI KERAJAAN

Comments are closed.

Advertisment

Instagram

Terkini

[Video] Covid-19: Dakwa negara amalkan sentimen perkauman, Dr Adham minta Al Jazeera contohi media tempatan

Tindakan rangkaian berita antarabangsa Al Jazeera melaporkan wujud isu perkauman terhadap warga asing ketika kerajaan menangani Covid-19 mampu mencemarkan nama baik negara. Menteri Kesihatan Datuk...

[Video] Covid-19: Dakwa negara amalkan sentimen perkauman, Dr Adham minta Al Jazeera contohi media tempatan

Tindakan rangkaian berita antarabangsa Al Jazeera melaporkan wujud isu perkauman terhadap warga asing ketika kerajaan menangani Covid-19 mampu mencemarkan nama baik negara. Menteri Kesihatan Datuk...

Pak Kadir lebih tahu siapa yang sebenar meruntuhkan perniagaan UMNO, Fleet Holding

Semalam Pak Kadir Jasin cuba menyerang DS Najib dalam isu MRCB dan Fleet Holdings. Saya tak minat isu MRCB, tetapi saya sangat minat isu...

Boleh simpan YB belot, tetapi kerusi PRU milik parti dahulu

“Kamu boleh simpan YB (ahli Parlimen) belot, tetapi kerusi (pilihan raya) tetap milik parti dimenangi dahulu.” Demikian kenyataan tegas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri...

BN masih relevan menang PRK Chini, kata Zahid

Kemenangan enam kali dalam pilihan raya kecil (PRK) termasuk yang terbaru di PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini malam tadi membuktikan Barisan Nasional (BN)...

250 ahli PKR Ampang keluar parti, cabang bubar serta-merta

Seramai 250 orang ahli PKR Cabang Ampang mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta hari ini kerana hilang kepercayaan terhadap parti itu. Naib Ketua Cabang PKR...

Sering Dibaca

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.

Projek JUAL NEGARA oleh Rejim PH dah settle – jom kita bersorak dengan gembira

Dalam rundingan. Ramai yang minat. Sabar. Tapi mesti kasi settle. Syarikat lapangan terbang Malaysia Airports Berhad ada jual tak?