Dihalau Dari Jepun: Tujuan Anwar Jumpa Anak Pengasas Yakuza? - pakdin.my

anwar-yazuka

SEKARANG kita tahu bahawa Anwar dilarang masuk Jepun bukan salah UMNO dan kerajaan Malaysia seperti mana yang dia dakwa sebelum ini.

Anwar dilarang masuk Jepun, besar kemungkinan sebab orang yang dia nak jumpa itu, Yohei Sasakawa ialah anak kepada pengasas Yakuza Jepun, Ryoichi Sasakawa.

Yakuza adalah kumpulan jenayah terancang Jepun, setaraf dengan Mafia di Itali dan Amerika Syarikat. Kaitan keluarga Sasakawa dengan Yakuza boleh dibaca disini.

Persoalan di kalangan rakyat Malaysia hari ini, terutama para penyokong pembangkang ialah, apa tujuan Anwar ada hubungan dengan individu yang mungkin berkaitan terus dengan kumpulan jenayah terbesar dunia ini?

Jangan bagi alasan tak tahu, maklumat tentang penglibatan keluarga Sasakawa dengan Yakuza ini bersepah di Internet yang boleh dirujuk Anwar dan para pencacainya.

Sementara pasukan keselamatan kita disini berusaha keras menghapuskan kumpulan jenayah terancang domestik yang hanya bertaraf geng-geng kecil, Anwar pula membina hubungan dengan individu yang sekarang kita tahu ada kaitan dengan Yakuza.

Jadi sebagai pemimpin politik dan bekas banduan yang sedang mengintai peluang jadi Perdana Menteri, amat wajarlah Anwar menjelaskan penglibatan sebenarnya dengan keluarga Sasakawa ini.  Sebab kita tahu Yakuza Jepun bukan sahaja beroperasi di negara tersebut malah, seluruh dunia.

Selangor, negeri dimana Anwar menjadi Penasihat Ekonomi sekarang (ada kata Menteri Besar sebenar), dipenuhi dengan aktiviti pelacuran yang berselindung di sebalik perniagaan rumah-rumah urut.

Pelacuran yang semua orang tahu, adalah kegiatan yang berkait terus dengan pemerdagangan manusia disamping menjadi antara punca pendapatan utama kumpulan jenayah terancang, selain  perjudian, peras ugut dan sebagainya.

Apa kaitannya dengan Yakuza?  Sendiri fikirlah.

Satu hint percuma, di Filipina, ada laporan menyebut, organisasi yang banyak terlibat dengan aktiviti pemerdagangan manusia untuk tujuan pelacuran ialah kumpulan Yakuza.  Laporan yang diterbitkan PBB itu boleh dirujuk disini.

Perkembangan ini patut buat rakyat Malaysia bimbang.

Kita tahu telur Anwar dah dipegang oleh banyak orang sekarang.  DAPigs, Azizah, Azmin dan entah siapa lagi. Kita taknaklah nanti salah satu tangan yang memegang itu ialah tangan bertatu penuh gambar naga dan perempuan.

UTAMAPOLITIKDihalau Dari Jepun: Tujuan Anwar Jumpa Anak Pengasas Yakuza?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium