‘Dilema Mahathir’ - pakdin.my

Dilema Mahathir ” tajuk yang sangat bertepatan dengan kedudukan Tun Mahathir hari ini dan nampaknya tajuk buku sahabat saya Ab Jalil Backer mendahului pemikiran orang lain.

Saya belum baca lagi dan belum ambil buku saya dari Ab Jalil Backer seorang wartawan yang sentiasa melahirkan penulisan pandangan bebas tanpa emosi, ini kerana temu janji makan di kudu belum di tetapkan.

Tetapi mengenali Jalil, saya pasti apa yg terjadi pada Tun saat ini ada lah seperti yang beliau nukilkan.

Tun Mahathir terduduk dalam dilema.

Tun M tidak boleh meletakkan jawatan bukan kerana kepentingan negara tetapi kepentingan peribadi.

Tun M menjatuhkn Najib pun atas sebab yang sama tetapi berselindung disebalik 1MDB.

Bukan sahaja Tun tidak boleh meletakkan jawatan begitu sahaja tetapi dia juga mahu pastikan Perdana Menteri pengganti tidak merbahaya dan mudah di hasut menentang beliau.

Ketika kerajaan Pak Lah mula berbaik dengan Law Fraternity dan membiyai majlis makan mereka dan kemudian membayar pampasan kepada Tun Salleh dan beberapa hakim lain yang dipecat oleh perdana menteri ke-4, Tun M sudah ketakutan dan mula buat gerakan menjatuhkan Pak Lah.

Ini kerana Tun M khuathir Pak Lah boleh di hasut untuk mendakwa beliau.

Apa pun topik kita ada lah ‘Dilema Mahathir’.

Jika bubar parlimen Anwar belum tentu jadi PM. Jika letak jawatan dan Anwar jadi PM, pasti Tun M, Daim, Azmin Zuraida H20 turun naik mahkamah.

Jika tidak letak jawatan pressure is mounting lagi pun sudah berjanji.

Hendak kembali kepada umno, dia yang menzalimi. Serba salah dan serba tidak kena. Sambil itu, negara dan kedudukan ekonomi terumbang ambing.

Yang susah rakyat juga.

…………………..
Nak membeli buku boleh dapatkan seperti keterangan dibawah:

Tajuk : Dilema Mahathir
Pengarang: AB JALIL BACKER
Harga: RM35 senaskah (185 halaman)
sila buat pembayaran ke akaun AFFIN BANK

Nombor Akaun: 1017 7000 2981
Nama Akaun : Enigma Fikir Solution
Ref 1: [masukkan nombor telefon anda]
Ref 2: Dilema Mahathir

Hantarkan bukti pembayaran bersama butiran peribadi kepada saya bersama
Butiran Peribadi

Nama Penuh:
Alamat Pos :
No Telefon:
Emel:
Jumlah naskah:

UTAMAPOLITIK'Dilema Mahathir'

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium