33 C
Kuala Lumpur
Tuesday, January 26, 2021

DILEMA MAHATHIR TERPAKSA BERSIHKAN NAJIS YANG DITABURNYA DULU

Amat malang bagi Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana landasan yang dipilihnya untuk terus mengejar impian peribadinya adalah platform yang pernah dikotori dan diharamkannya sewaktu 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri, iaitu DAP.

Beliau memilih DAP, iaitu parti yang dianggapnya jijik dan diberikan pelbagai gelaran hingga Mahathir menyifatkan sesiapa yang menyokong DAP adalah pengkhianat dan petualang bangsa.

Malah sepanjang pemerintahannya, DAP menjadi satu stigma sebagai parti jijik, kotor dan berniat jahat. Beliau juga menanam di dalam kepala orang Melayu dan ahli UMNO khususnya, bahawa DAP adalah agen anasir luar untuk melaksanakan “regime change” daripada kepimpinan Melayu Islam.

Namun kini, DAP menjadi tempat beliau berlindung dan selepas menyarung jersi DAP, tugas utama Mahathir adalah cuba mensucikan segala kejijikan yang dilemparkannya kepada DAP selama berpuluh tahun lalu.

Tindakannya sama seperti ketika Mahathir secara konsisten memburukkan Anwar Ibrahim dengan menyatakan bahawa Anwar itu kotor orangnya dan buruk perangainya.

Mahathir mengajar kita bahawa Anwar akan rembat sesiapa sahaja lelaki mahu pun perempuan sama ada di depan atau belakang jika ada kesempatan.

“Saya sendiri menemubual mangsanya” kata Mahathir dalam satu temuramah yang divideokan, demi mahu menegaskan betapa buruknya perangai Anwar.

Kini apabila Mahathir mahu menyeru orang Melayu serta orang Cina untuk menyokong DAP, Mahathir menghadapi halangan bukan dari orang lain, tetapi dari penanaman minda yang disemaikan kepada penyokongnya dahulu.

Demi mahu menggunakan DAP untuk agenda peribadinya, maka beliau terhegeh-hegeh pula mahu orang Melayu dan orang Cina supaya menukar selera, seperti yang dilakukannya kini.

Jika Mahathir sendiri perlukan berpuluh-puluh tahun untuk mendapat hidayah kononnya beliau tersilap pandang dan diberi maklumat salah berkenaan DAP, apakah beliau mengharapkan orang Melayu dan Cina menukar sokongan kepada DAP dalam masa satu atau dua bulan?

Sebenar beliau tersilap perkiraan dan terlalu “under estimate” akal serta minda orang lain. Mahathir menyangka orang akan sentiasa mengikut apa yang dilakukannya.

Mahathir terlupa semua kejayaan yang ada bukan disebabkan kehebatan dirinya, sebaliknya adalah hasil daripada parti UMNO. Jika tanpa kuasa UMNO, sebiji batang besi KLCC pun tidak mampu Mahathir dirikan.

Namun seperti biasa, Mahathir menyalahkan orang lain, bukan diri sendiri. Beliau salahkan UMNO, MCA dan MIC. Mahathir terlupa sehebat-habat dirinya, beliau tidak memiliki nilai murni iaitu kesetiaan.

Walau pun ahli UMNO kebanyakannya insan biasa tiada bernama dan tidak terkenal, tidak seperti Mahathir yang dikenali seantero dunia, namun ahli UMNO memiliki ciri-ciri murni berkenaan iaitu kesetiaan.

Ketika dalam UMNO, Mahathir hanya dapat memuaskan nafsu politik dan kekayaan untuk kroni terpilih sahaja. Kini Mahathir cuba sedaya upaya mencuci najis yang ditaburnya itu bukan kerana beliau setia kepada DAP, tetapi demi mahu mencapai matlamat peribadinya.

Itulah dilema yag terpaksa dihadapi Mahathir, beliau mendapat kesusahan hasil kerjanya sendiri dulu dan Datuk Seri Najib Tun Razak bukan penghalang beliau sebaliknya zaman lampau Mahathir kini menghantuinya.

Mahathir hari ini sebenarnya sedang bertarung dengan Mahathir pada zaman lampau. Dalam perkataan mudah apabila senang Mahathir akan mencari kroninya tetapi tatkala dalam kesusahan, beliau akan beralih mencari rakyat.

20161110-bersih-mahathir-shit

Berita Berkaitan

Komen

    • Alelelele … ye ke … kamu dah buat survey ke .. sahih ? Ramai yg sayang Tun M daripada sayang kamu ???…Oh ya .. no
      prob la fasal istana tu .. skit punya hal cumanya isi 1MDB yg kamu kata dah lapuk tu la ni makin HOT n keluar kat Financial Times lagi .. tapi orang mcm kamu tak baca lot Financial Times ????

    • Ha..ha…hari tu puan ckp doj nk tgkp mo1…bicara bulan 9 lepas…then Singapore bank…switzerland..ipic..1 dunia punya tuduhan tp smpai skrg x tgkp pun…hebat dedak najib…sampai us x berani angkat muka…rkyt syg madey? Klu syg knp x turun bersih 5? 90% kurang dari tahun lepas…indian lgsung xde…penyokong dap & pkr pun lari sbb madey…raja2 syg madey? Xbagi kerusi plk..us syg madey? Doj x dkwa pun mo1..org2 bunga je syg madey…3.5juta ahli kan?

    • Ape yg hang merepek ni…ape yg silap langkah ni…ramai benci ni…yg aku nampak jibby ni yg rakyat benci..yg x masih syg si jibby hanya r si prmakan dedak jer…rakyat suruh letak jawatan ia wat muka slenge jer x mcm tun badawi n madey yg akhirnye letak jawatan…bersih pn walau d ugut samseng jamal jamban dn kerajaan aq tegok sesak klcc tu…x tau ko byk tegok tv 3 suku penipu tu…betol kate ko ..hebat dedak jibby ni…sapai raja2 yg pernah kritik ia..pn boley cair…lagi pn ape nk d hairankn jibby lagi brkuasa drpd raja2…

    • Ha..ha..pakatun x boleh terima hakikat ke?yg benci kerajaan org2 yg kecewa dari parti bungaraya je..xsokong madey kata pemakan dedak…mana rkyt & raja x benci? 40bulan attack najib dgn 1mdb…2.6billion..bersih, soros….skrg raja plk…rkyt dh muak la…pmbangkang memerintah pun belum tentu rm naik, harga brg turun, subsidi ditabur, minyak turun…ingat kerajaan langit ke? Rkyt boleh jadi senang lenang? Hutang bailout madey yg rkyt kena tanggung sampai anak cucu tu ingat sikit ke? Ingat rkyt boleh lupa? Kezaliman madey sampai bila2 rkyt ingat…

    • Bersih gagal xde kena mengena dgn Jamal tu tp sbb nonbumi benci madey…masa jd pm dulu kecam dap…sampai kena thn under isa limkitsiang tu..negeri bawah pemerintahan pas ditindas..kes memali..sampai bila2 rkyt ingat…skrg buat u-turn plk sokong dap…mcm mana x digelar pengkhianat….sampai terkenal dkt luar negara skandal kekayaan madey & u-turn yg dia buat..dulu kerajaan skrg pembangkang…buka la minda sikit…berkawan dgn nonbumi & foreigner…tengok portal & berita dari luar negara…jgn syok sendiri dgn baca sr msia kini & chedet..otak masuk virus…tv3 kalau korg boikot & katanya kena saman dgn ambiga xde effect pun…yg akan bankrap pakkadir kroni madey tu….pemegang saham terbesar tv3

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.