28.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 1, 2020

Dimana kerajaan negeri Selangor sewaktu bencana melanda rakyatnya…

banjir-selangor-azmin-ali

Dengan slogan pembangunan rakyat diberi keutamaan sejurus selepas dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim pada Oktober tahun lepas hanya tinggal menjadi omongan kosong sahaja.

Ia jelas terbukti apabila beberapa kawasan di Selangor dilanda musibah banjir Ahad lalu sehingga kini tidak nampak langsung batang hidung pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat itu turun padang menghulurkan bantuan.

Sejak Datuk Seri Azmin Ali memegang jawatan MB setahun yang lalu menyaksikan kerajaan negeri dibawah pimpinannya masih gagal menangani masalah sistem perparitan yang tidak di selenggara dengan baik.

Selain itu pembangunan tidak mengikut spesifikasi seperti yang dibenarkan juga dilihat sebagai antara punca banjir di beberapa kawasan termasuklah di Kampung Kubu Gajah, Paya Jaras, Selangor.

Malah lebih parah penduduk di kawasan berkenaan juga mendakwa, aduan yang dibuat kepada pihak berwajib juga tidak diendahkan.

Keadaan ini ternyata membebankan penduduk di kawasan yang dilanda musibah banjir ini.

Semasa mula memegang jawatan MB, Azmin turun ke kawasan hingga turun ke dalam parit untuk menunjukkan bahawa beliau adalah Menteri Besar yang kuat berkerja demi rakyat.

Namun kini itu semua hanyalah khayalan semata mata untuk menunjukkan bahawa beliau amat perihatin sedangkan kini apabila rakyat berada dalam kesusahan dilanda banjir, kelibat Azmin langsung tidak kelihatan.

Usah kata melawat mangsa yang tidak berapa terjejas, yang berada dipusat pemindahan juga tidak dijengah bertanya khabar berita.

Dalam keadaan ini jangan ditanya apa yang boleh dilakukan oleh UMNO kerana semua masalah berpunca daripada kerajaan negeri.

Oleh itu adalah wajar kerajaan negeri yang menyelesaikan masalah peparitan ini selain menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.

Ini adalah masa yang terbaik untuk rakyat Selangor menilai sendiri macam mana kerajaan di bawah pimpinan Azmin menyelesaikan masalah ini.

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

Komen

..

PRN Sabah & Pencapaian Najib – 17 DUN Dilawati, 12 Menang

Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi statistik “kejayaannya” membantu kempen BN dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang baru lepas. Daripada...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,348PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan