Disebalik kritikan Paulsen terhadap khutbah Jumaat… - pakdin.my

tweet-eric-Paulsen

Beberapa jam sebelum ditangkap oleh polis, Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty, Eric Paulsen membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya mendakwa  beberapa ancaman bunuh yang diterimanya sejak dua hari lalu.

Paulsen berkata, ugutan yang diterimanya daripada “cybertrooper” UMNO berniat jahat kerana turut menuduhnya menghina Islam.

“Ini tidak benar, saya hanya mengkritik Jakim di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM),” katanya, kepada media.

Menariknya, peguam Latheefa Koya hadir sama menemani Paulsen yang mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosikan fahaman ekstremis pada Jumaat.

Kehadiran Pengarah Biro Guaman PKR itu sekaligus memberi gambaran siapa Paulsen sebenarnya yang sudah beberapa menghentam pihak agama di negara ini menerusi laman Twitternya.

Bagaimanapun, selepas Paulsen ditahan malam tadi, Latheefa sempat tweet:

well done! very efficient! RT @KBAB51: @PDRMsia baru sahaja menangkap Eric Paulsen di Brickfields.

Dan berita asal mengenai kenyataan beliau yang mempertahankan Paulsen yang disiarkan di sebuah portal sudah diringkaskan sekali dengan berita penangkapan Paulsen.

Mungkin Latheefa lebih tahu niat tweetnya itu.

Dalam isu ini, PAS nampaknya lebih bijak menangani isu Paulsen apabila Ketua Penerangan Datu Mahfuz Omar juga mengecam kenyataan Paulsen dan mahu tindakan diambil terhadapnya.

Apakah, Paulsen mahu menggunakan alasan “kebebasan bercakap atau bersuara” menurut perlembagaan di negara ini atau sebenarnya itu suara fahaman puak liberal Barat?

Tuduhan beliau bahawa “ Jakim sedang mempromosikan ekstremisme setiap Jumaat. Kerajaan perlu menanganinya jika serius mahu banteras ekstremisme di Malaysia.” Adalah kenyataan yang tidak mempunyai asas bukti.

Lagipun tidak mungkin Eric Paulsen pernah mendengar “extremism” dalam khutbah dianjurkan oleh Jakim  pada “setiap Jumaat”.

Ianya bukan juga terbit dari sikap yang sederhana atau “moderate” malah boleh dianggap sebagai satu pendapat ekstremis  atau “Islamphobia”.

Ini tidak menjadikannya sebagai seorang yg bersikap progresif.

Apabila disebut  “setiap Jumaat”, tentunya ia bermaksud kepada khutbah Jumaat, kecuali ada lagi program atau rencana Jakim yang lain dilaksanakan pada setiap Jumaat.

Eric Paulsen pertikai khutbah jakim

Selepas mendapat kecaman dan kritikan, Paulsen berubah pendiriannya dengan mengatakan haknya utk mengkritik Jakim sebagai agensi kerajaan.

Sungguhpun sudah memadam tweet asalnya itu, pendapatnya terhadap Jakim masih dipertahankan.

Timbul persoalan, adakah beliau seorang yang berpegang kepada fahaman sekular dan beranggap pula bahawa sebagai sebuah badan kerajaan, Jakim tidak boleh terbabit soal agama.?

Nampak jelas, sungguh bercelaru pemikiran seorang peguam yg mempromosikan konsep “Liberty” atau kebebasan.

Apatah lagi kemudiannya menuduh Ketua Polis Negara diperkudakan oleh pihak politik.

Beliau menyalahkan orang lain dan bukan pendapatnya yang tidak benar dan tidak berasas sama sekali

Paulsen patut sedar, beliau boleh mengkritik Jakim.

Namun dalam isu ini, beliau sebenarnya mengkritik khutbah Jumaat yang memang rukun  dalam solat Jumaat.

Kesilapan kedua adalah apabila menuduh Ketua Polis Negara diperkudakan parti politik.

Justeru itu, penangkapan beliau adakah sesuatu yang memang wajar bagi membolehkan siasatan lanjut bukan sahaja berhubung kritikannya itu tetapi mungkin boleh mendedahkan siapa dalang disebaliknya.

UTAMAGAYA HIDUPAGAMADisebalik kritikan Paulsen terhadap khutbah Jumaat…

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium