Disuruh Tutup Oleh DAP 10 Tahun Lalu, Peristiwa Itu Masih Tersimpan Di Fikiran Peniaga Kluang - pakdin.my

Kemarahan yang tersimpan sejak 10 tahun lalu punca pertembungan antara Pakatan Harapan dan sekumpulan pemuda di bazar Ramadan di Kluang, Sabtu lepas.

Ahli Parlimen Muar Datuk Razali Ibrahim berkata DAP pada 2007 meminta peniaga di Kluang menutup perniagaan mereka dan berpindah.

“Peristiwa itu masih di fikiran mereka. Sebab itu kejadian tempoh hari berlaku di Kluang dan bukan di tempat lain. Kita tidak boleh salahkan sesiapa. Kalau kita provokasi seseorang mesti akan ada tindak balas,” katanya di satu majlis berbuka puasa di sini hari ini.

Beliau berkata para peniaga masih terkesan dengan keputusan menutup perniagaan mereka.

“Dulu mereka minta peniaga tutup perniagaan dan hari ini mereka lawat kawasan. Itu menyebabkan orang rasa marah.”

Beliau berkata kalau peniaga tidak mengalu-alukan mereka ke situ maka mereka wajar menghormati keputusan peniaga.

“Kamu perlu hormat. Kalau orang tak benarkan tapi kamu ambil keputusan untuk datang juga.”

Razali berkata pasar malam itu dikendalikan Umno Kluang. Tambahan pula, sesetengah peniaga menjual kurma.

“Ia mungkin menjejaskan perniagaan mereka. Kalau kita saling hormat-menghormati tidak akan berlaku masalah.”

Beliau diminta mengulas kejadian Sabtu lepas, apabila Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong dan pasukan Pakatan Harapan dihalang dari mengedarkan kurma di bazar Ramadan di Kluang.

Dalam rakaman video kejadian, sekumpulan pemuda dilihat terjerit-jerit sambil menghalang pasukan Pakatan Harapan memasuki bahagian bazar itu. Liew dan ketua PPBM Klang Radzali Mohd Noor kemudiannya membuat laporan polis.

Semalam polis menahan 2 lelaki kerana mengganggu keamanan di bazar Ramadan di Kluang. Siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kereana menyebabkan kecederaan dan Seksyen 506 kerana ugutan jenayah.

Razali turut menyentuh mengenai kejadian kekasaran di hadapan sebuah masjid di Johor Bahru bulan lepas, bagi menekan betapa pentingnya hormati-menghormati dalam bermasyarakat.

Pada Mei sebuah video menjadi tular di media sosial, memaparkan sekumpulan pemuda mengasari seorang pemuda, termasuk memukulnya dengan kon trafik jingga, kerana membunyikan hon keretanya semasa orang sedang solat Jumaat.

“Pada hari Thaipusam saya akan elak pergi ke Batu Caves. Sambutannya setahun sekali tetapi kamu tahu jalan di situ akan jadi sesak.”

“Solat Jumaat pula setiap hari Jumaat. Masalah selesai kalau kita saling menghormati. Kalau kamu provokasi seseorang, mereka akan balas dan akan timbul masalah.”

“Pergaduhan mudah berlaku di Malaysia. Ada kaum dan agama berbeza,” katanya.

UTAMAPOLITIKDisuruh Tutup Oleh DAP 10 Tahun Lalu, Peristiwa Itu Masih Tersimpan Di...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium