Dituduh bocor minit mesyuarat kerana saya sokong Azmin, kata exco Perak – Konspirasi lagi? - pakdin.my

Asal melibatkan Azmin Ali adalah konspirasi.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan, Abdul Yunus Jamahri menyifatkan tuduhan membocorkan kertas minit mesyuarat Exco yang dibuat terhadap beliau, bertujuan membunuh karier politiknya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Kurau mendedahkan, tuduhan jahat itu bermula sejak pemilihan Parti Keadilan Rakyat tahun lalu, semata-mata kerana pendirian teguhnya bersama Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Konspirasi jahat ini diteruskan untuk menjatuhkan saya sebagai Exco, dan mensabotaj kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, khususnya menjelang Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah Exco dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, malam tadi.

Beliau mengulas tindakan seorang ahli PKR hari ini, yang membuat laporan polis mendakwa seorang Exco kerajaan negeri telah membocorkan kertas minit mesyuarat kerajaan negeri.

Ahli Jawatankuasa PKR Parit Buntar itu, Beh Yong Kean mendakwa perkara tersebut dilakukan Abdul Yunus, bagi mendapatkan komisyen daripada dua buah syarikat pertanian.

Menjelas lanjut Abdul Yunus berkata Beh merupakan pemilik kilang haram di Tanjung Piandang, Parit Buntar.

“Dalam hal ini, saya berpendirian tegas bersama kerajaan negeri dan beberapa agensi berkaitan yang sedang melaksanakan proses penguatkuasaan, sesuai dengan syarat dan peraturan yang digariskan.

“Saya yakin, beliau mempunyai motif dendam ke atas saya, memandangkan saya juga tidak menyokong kelulusan beberapa permohonan tanah yang dipohon beliau sejak tahun lalu,” katanya.

Selain itu, Abdul Yunus percaya terdapat dalang di sebalik tindakan jahat tersebut dan individu berkenaan telah diperalatkan pihak-pihak tertentu, bagi mencalarkan integriti dan imej beliau sebagai Exco.

Menurut Abdul Yunus beliau akan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Bagan Serai hari ini.

“Saya juga ingin menggesa seluruh rakyat khususnya di Perak untuk bersama menolak segala konspirasi jahat, yang cuba mengganggu gugat pentadbiran dan meremehkan institusi kerajaan negeri melalui fitnah jahat seperti ini,” katanya. — Bernama

Berita sebelum ini:
Laporan polis terhadap ADUN Kuala Kurau kerana membocorkan minit mesyuarat Kerajaan Negeri Perak
https://pakdin.my/laporan-polis-terhadap-adun-kuala-kurau-kerana-membocorkan-minit-mesyuarat-kerajaan-negeri-perak/

UTAMAPOLITIKDituduh bocor minit mesyuarat kerana saya sokong Azmin, kata exco Perak -...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium