Dividen ASB 2019, paling tinggi dalam Sejarah Tamadun Manusia – Zahida - pakdin.my

Seperti tahun-tahun sebelumnya, hujung tahun adalah masa yang ditunggu-tunggu bagi pencarum Amanah Saham Bumiputera atau lebih dikenali dengan ASB.

Hari ini 18 Disember 2019 laman media sosial seperti Facebook, Twitter dan termasuk WhatsApp menjadi riuh seketika ekoran pengumuman kadar dividen + bonus dari ASB bagi tahun 2019.

Tidak ketinggalan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Zahida Zarik Khan memberikan respon beliau terhadap kadar 5.50% dividen yang diumumkan oleh Tan Sri Zetty pada 2 petang sebentar tadi.

Menurut Zahida Amanah Saham ini adalah medium bagi pencarum Melayu Bumiputera membuat pelaburan kerana mereka percaya ia dapat memberi keuntungan seperti tahun-tahun sebelumnya.

“Pencarumnya adalah orang Melayu Bumiputera..Pada awal tahun 2018 ramai berpusu-pusu ke Bank dengan wajah ceria gembira untuk keluarkan dividen ASB 2017 8.25%..”

Dengan sinis Zahida menyifatkan kadar dividen ASB tahun 2019 ini adalah yang paling tinggi dalam sejarah tamadun manusia selepas 18 bulan Pakatan Harapan mentadbir kerajaan.

“Selepas 18 bulan Pakatan Harapan mentadbir kerajaan.. Hari ini pada pukul 2pm sebentar tadi PNB mengumumkan dividen ASB tahun 2019 pada kadar 5.50%.. Ini adalah dividen yang paling tinggi dalam sejarah tamadun manusia..”

Sudah pastinya kadar dividen ASB sangat tinggi berbanding tahun-tahun sebelum ini adalah hasil dari kecekapan Menteri Kewangan dari DAP dan menteri-menteri PH yang lain.

Kita sepatutnya berterima kasih kepada PH atas hadiah kepada rakyat hari ini.. Tepuk lah. Sindir Zahida di laman Facebook beliau. – IsuViral.net

UTAMAEKONOMIDividen ASB 2019, paling tinggi dalam Sejarah Tamadun Manusia – Zahida

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium