31.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 26, 2020

DNA Babi Cadbury: Analisis Semua Produk Perlu Melalui Beberapa Proses

cadbury-babi-2

Analisis Kementerian Kesihatan terhadap kesemua produk Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd (Cadbury) bagi memastikan ia tidak mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) khinzir akan mengambil masa kerana perlu melalui beberapa proses.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata sebagai pihak bertanggungjawab, kementerian perlu memastikan keputusan analisis dikeluarkan nanti adalah betul.

“Ketika keputusan siasatan (analisis) awal (dua produk coklat Cadbury didapati mengandungi DNA khinzir bertarikh 27 Feb) itu tersiar di media sosial, siasatan (analisis) lengkap ke atas tiga sampel produk keluaran syarikat itu baru (sahaja) selesai,” katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Daerah Teluk Intan, di sini Selasa.

Dr Subramaniam berkata kementerian tiada halangan bagi mana-mana pihak yang mahu mengambil tindakan terhadap kementerian berhubung isu itu kerana pihak kementerian telah mengambil langkah sewajarnya dalam membuat pengesahan produk keluaran syarikat berkenaan.

“Sekiranya (mereka) mengambil tindakan, kita akan beri penjelasan,” katanya ketika diminta mengulas gesaan Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Jaringan Melayu Malaysia (JMM) supaya umat Islam di negara ini mengambil tindakan undang-undang terhadap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Kesihatan atas kelewatan mengesahkan perkara tersebut.

Semalam, Dr Subramaniam berkata kementerian sedang menyiasat pihak Cadbury di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 bagi memastikan sama ada Cadbury dengan sengaja atau secara tidak sengaja memasukkan DNA khinzir dalam produk coklat mereka.

Ini berikutan pengesanan hasil analisis kementerian itu yang elemen khinzir terdapat dalam dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan Coklat Susu dengan Buah Badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond).

Terdahulu, Dr Subramaniam melawat wad tambahan di Hospital Teluk Intan yang dinaik taraf bagi merawat penyakit berjangkit bernilai RM4 juta yang baru siap dan mengadakan perbincangan dengan pihak hospital berhubung perancangan masa depan hospital itu dari segi kelengkapan dan tenaga pakar.

Hospital itu memberi perkhidmatan kepada kira-kira 190,868 penduduk di kawasan hilir Perak.

Berita Berkaitan

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

PADANG BESAR: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand,...

Lelaki maut alat pemadam api meletup depan rumah

SUNGAI PETANI: Lelaki maut selepas pemadam api kereta yang diletakkan di hadapan rumahnya di...

Tiga lagi MPV mewah bernilai RM750,000 disita SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita tiga lagi kenderaan mewah milik ejen...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...