DNA babi Cadbury: Rakyat berhak ambil tindakan undang-undang - pakdin.my

 

Selama ini tak faham ke kritalnya soal halal?
Selama ini tak faham ke kritalnya soal halal?

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam hari ini berkata, orang awam mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Kementerian Kesihatan berhubung dua produk coklat jenama Cadbury yang disahkan mengandungi DNA babi (porcine).

Ia berikutan desakan badan bukan kerajaan (NGO), Jaringan Melayu Malaysia supaya pengguna mengambil tindakan undang-undang terhadap kementerian itu kerana gagal mengesan kandungan DNA berkenaan lebih awal.

Subramaniam, bagaimanapun menjelaskan bahawa ia dikesan ketika Kementerian Kesihatan melakukan pemantauan secara rawak tehadap produk berkenaan.

Beliau berkata, ia mengambil tempoh tiga bulan bagi menjalankan ujian terhadap produk jemana Cadbury itu.

“Kami perlu tahu jika ia adalah pencemaran secara tidak sengaja atau terdapat bahan tambahan di dalam coklat itu tetapi tidak dinyatakan pada label.

“Malangnya, laporan berkenaan bocor di laman media sosial sebelum pengumuman rasmi sempat dibuat. Terpulang kepada orang ramai sama ada mereka mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap kementerian dan kami akan bertindak sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Hospital Teluk Intan, di sini, hari ini.


UTAMAGAYA HIDUPAGAMADNA babi Cadbury: Rakyat berhak ambil tindakan undang-undang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium