JERTIH: Seorang guru kerugian hampir RM50,000 akibat terpedaya dengan rakan dikenali di laman sosial manakala seorang doktor kerugian hampir RM30,000 terpedaya dnegan dengan emel memintanya mengemas kini akaun banknya.
Guru wanita itu mendakwa kerugian RM48,250 ditipu rakan dikenali melalui Facebook dan WhatsApp awal bulan ini.
Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, guru berkenaan mendakwa hanya menyedari dirinya tertipu selepas melakukan 11 transaksi ke dua akaun bank yang berbeza bermula 11 Oktober lalu.
“Pada 11 Oktober lalu, kenalannya dikatakan ke Sarawak dan meminta bantuan mangsa memasukkan wang ke dalam dua akaun bank atas nama Mohd Faisal Fauzi dan Umadevi A/P Raj kononnya untuk membuka kad ATM di sebuah bank lain di Miri.
“Akibat terlalu percayakan kenalannya itu dan tidak mengesyaki ditipu, guru berkenaan melayani permintaan dengan memasukkan wang melalui ke dalam kedua-dua akaun berkenaan melalui sebuah bank di Jertih di sini,” katanya di sini, hari ini.
Mohd Zamri berkata, selepas melakukan transaksi wang yang diminta, kenalannya dikatakan terus mendesak mangsa menghantar lagi wang kepadanya namun guru itu memutuskan untuk membuat laporan polis.
Menurutnya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Dalam kejadian berasingan, seorang doktor di sini, kerugian RM29,800 apabila melayani mesej menerusi emel mendakwa daripada sebuah bank, mengarahkannya mengemas kini akaun, Sabtu lalu.
Mohd Zamri berkata, mangsa berusia 52 tahun mengemas kini akaunnya menerusi laman web dan turut memberikan nombor Kod Pengesahan Transaksi (TAC) seperti diminta.
“Mangsa kemudian mendapati wang daripada akaunnya sebanyak RM29,800 dipindahkan ke akaun sebuah bank lain atas nama Jacenta@Ja,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan terperinci dan kes disiasat mengikut Seksyen 4(3) Akta Jenayah Komputer 1997.
Mohd Zamri menasihatkan orang ramai lebih berhati-hati dan tidak mudah tertipu dengan permintaan pihak tidak dikenali melalui media sosial atau arahan daripada telefon atau emel bagi mengelak ditipu.
Katanya, tindakan terbaik ialah mendapatkan pengesahan daripada bank sebelum melakukan sesuatu.
Doktor, guru terpedaya hampir RM80,000 https://t.co/uzIY2uQbtB
Doktor, guru terpedaya hampir RM80,000 https://t.co/em239kHbts
Doktor, guru terpedaya hampir RM80,000 https://t.co/jVFUPwovRS
Mohammad Hamid liked this on Facebook.
Kay Maria liked this on Facebook.
Muhammad Taufiq Topek liked this on Facebook.
Petrescu Fuat liked this on Facebook.
Doktor, guru terpedaya hampir RM80,000 https://t.co/HmqjDjfGmW
Kesian. Tak apa Allah akan balas.
Azmi Haron liked this on Facebook.
Skobok Skoby liked this on Facebook.
Dinramlan Din Din liked this on Facebook.
Mohd Syaiffrudin Kama liked this on Facebook.
Kamaruszaman Hj Ibrahim Manringgo liked this on Facebook.
Man Ringgo Kamaruszaman Ibrahim liked this on Facebook.
Suraya Mohd Zain liked this on Facebook.
Fiz Hafiz liked this on Facebook.
Zakaria Aroff liked this on Facebook.
Ismail Ibrahim liked this on Facebook.
Doktor, guru terpedaya hampir RM80,000: JERTIH: Seorang guru kerugian hampir RM50,000 akibat terpedaya dengan… https://t.co/VnDLPblHNM
Pokcik Bambino liked this on Facebook.
Abas Nasir liked this on Facebook.
Man Sor Z liked this on Facebook.
Badshah Ismail liked this on Facebook.
Fitri Amr liked this on Facebook.
Sendiri buat sendiri tanggung ada janji nak kawin ni
Returnagainla Peryplatipuss liked this on Facebook.
Mohd Hatta Mohd Junaidi liked this on Facebook.