25 C
Kuala Lumpur
Friday, April 16, 2021

Doktor rawat pesakit koronavirus 10 hari tanpa henti meninggal dunia

SEORANG doktor meninggal dunia akibat serangan jantung mengejut selepas merawat pesakit dijangkiti koronavirus selama 10 hari berturut-turut.

Dr Song Yingjie, 27, merupakan ketua paramedik di sebuah klinik di wilayah Hunan yang terletak di sempadan selatan Hubei, pusat penularan wabak berbahaya itu.

Dia ditugaskan memeriksa suhu pemandu dan penumpang setiap kenderaan yang melalui sempadan itu dan bekerja tanpa henti sejak 25 Januari lalu.

Dr Song tiba-tiba rebah selepas kembali ke biliknya pada awal pagi Isnin lalu.

Bapa kepada Dr Song terlalu sedih dengan berita kematian anaknya itu.

“Anak perempuan saya berada di Wuhan dan tidak boleh balik. Dia terperangkap di situ. Kamu tanya saya jika saya bimbang, ya sudah tentu.

“Kemudian anak lelaki saya bekerja sebagai doktor di atas jalan. Anda tanya jika saya takut… Kini dia sudah tiada. Saya amat bersedih,” katanya.

Pegawai kerajaan berkata mereka membantu keluarga Song untuk urusan pengebumian mangsa. – Dailymail.co.uk

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.