29.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 28, 2021

Dr Ali meninggal dunia akibat pendarahan dalam otak

PUNCAK ALAM: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan Dr Ali Noor Hassan meninggal dunia disebabkan pendarahan dalam otak dan bukan akibat terlampau penat dengan beban tugas.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, arwah yang bertugas di sebuah klinik kesihatan di Cheras mengalami penyakit ‘aneurysm’ dalam otak dan disahkan meninggal dunia pada 18 Januari lalu.

“Beliau dikesan mempunyai penyakit lain dan tiada kaitan dengan kelesuan bekerja. Ujian Covid-19 adalah negatif,” katanya seperti dilaporkan oleh Harian Metro.

Sementara itu, salah seorang dipercayai waris kepada mangsa melalui Facebook yang tular mengesahkan arwah meninggal dunia akibat terjatuh di bilik air ketika bekerja dan mengakibatkan pendarahan di kepala serta beberapa kali sudah dibedah.

“Arwah adalah anak saudara saya dan meninggal dunia akibat jatuh bilik air. Mohon perbetulkan fakta,” katanya merujuk kepada tular mengenai berita pemergian Dr Ali akibat kepenatan bekerja.

Semalam, dilaporkan seorang doktor yang bertugas sebagai barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meninggal dunia.

Berita sedih itu disampaikan menerusi hantaran dimuat naik Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) di Facebook (FB).

Dalam hantaran itu, SPJM berkongsi gambar terakhir Dr Ali yang sempat diambil rakannya sebelum beliau jatuh sakit kerana beban kerja terlalu penat dan letih selain kekurangan masa untuk beristirehat selepas bertugas di barisan hadapan KKM menangani Covid-19.

Difahamkan beliau tertidur ketika bertugas dan pengsan.

Berita berkaitan:
‘Perginya seorang perwira negara’
https://pakdin.my/perginya-seorang-perwira-negara/

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.