25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, January 28, 2021

Dr Badrulamin Belum Buat Laporan Dipukul


Polis belum menerima sebarang laporan oleh Ahli Majlis Pemimpin Tertinggi Parti Keadilan Rakyat, Dr Badrulamin Bahron berhubung dakwaan beliau dipukul ketika tangkapan itu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata, setakat ini pihaknya hanya menerima laporan daripada Jabatan Agama Islam Pahang, JAIP, berhubung tangkapan khalwat membabitkan Dr Badrul Amin.

ACP MOHD JASMANI YUSOFF/KETUA POLIS DAERAH KUANTAN
“Laporan dibuat pihak JAIP dan bahawa mereka telah buat serbuan di sebuah hotel di mana tangkapan oleh JAIP bawa balik ke pejabat dia.”

Menurut ACP Jasmani, pihaknya menerima laporan tangkapan khalwat itu, 25 Februari lalu.

Laporan polis dibuat di Balai Polis Beserah, jam 10:28 pagi.

ACP Jasmani ditanya sama ada polis ada menerima laporan daripada Dr Badrulamin yang mendakwa dipukul sekumpulan 20 lelaki yang menyerbu bilik hotelnya sebelum ditangkap atas dakwaan berkhalwat dengan isteri orang.

Polis tegas beliau akan menjalankan siasatan sebaik laporan diterima.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.