28.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 20, 2020

Dr M, Pejuang Seperti Tiada Tempat – Aziz Bari

Kemenangan calon BN, Mohd Zaidi Aziz pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Slim menunjukkan pengundi tidak lagi menyokong bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad, kata ketua pembangkang Perak, Aziz Bari.

“Sepertinya Pejuang tak ada tempat,” kata Aziz kepada Malaysiakini selepas calon bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi yang disokong Pejuang hanya memperoleh 13.69 peratus undi.

Aziz yakin tarikan peribadi terhadap Mahathir semakin berkurangan.

Ini disebabkan calon yang disokongnya gagal menarik sokongan penyokong Pakatan Harapan yang telah memberikan undi sebanyak 33 peratus dalam pertandingan tiga penjuru pada PRU14.

Kata Aziz yang juga Adun Tebing Tinggi, mungkin kini adalah masa bagi Mahathir ‘menutup mulutnya’.

“Bagi saya masa depan adalah dengan PH, kita bercakap mengenai sistem dua parti.

“Saya rasa di Semenanjung, pengundi tidak berminat dengan kuasa ketiga sama ada Pejuang atau sebaliknya,” katanya.

“Pengajaran yang boleh diambil dari Slim adalah tiada isu mengenai kuasa ketiga. Ini hanya akan memecah undi dan mengelirukan rakyat”

“Saya rasa ini merupakan tanda soal bagi konsep PH plus. Ketika menentang Umno dan BN, rakyat mahukan Pakatan Harapan, titik. Ringkas dan mudah,” katanya.

Walaupun ramai pemimpin dari Amanah seperti Mat Sabu, Khalid Samad, Mohd Nizar Jamaluddin dan Mahfuz Omar turun berkempen bagi calon Pejuang, Amir Khusyairi, ketiadaan pemimpin DAP dan PKR seperti Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim amat dirasai.

“PH ada di sana untuk membantu dan kami tidak terlibat dalam perancangan atau pemilihan calon. Itu sepenuhnya tugas Pejuang,” kata Aziz.

Rujukan:
Sekilas fakta PRK Slim #InilahMuafakat
https://pakdin.my/sekilas-fakta-prk-slim/
Rasmi – BN menang PRK Slim dengan majoriti 10,945 undi
https://pakdin.my/rasmi-bn-menang-prk-slim-dengan-majoriti-10945-undi

Berita Berkaitan

PRN Sabah: PAS tiada kerusi kerana ketamakan PPBM

Tak betul jika ada segelintir yang menyalahkan UMNO apabila PAS tidak diberikan sebarang kerusi dalam PRN Sabah. 1. Rundingan awal berlaku antara UMNO yang mewakili...

Bubar Parlimen & PRU semula, ini respon Peguam Negara

Penubuhan tribunal ini berikutan representasi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa enam ahli SPR itu harus disiasat dan sekiranya didapati bersalah, mereka boleh dipecat menurut Perkara 114(3) dan 125(3) Perlembagaan Persekutuan atas syor tribunal itu.

SPR Cipta Rekod Tempoh Umum PRK Paling Panjang

Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 2 November manakala pengundian awal akan diadakan pada 12 November, katanya selepas mempengerusikan mesyuarat bagi membincangkan tarikh-tarikh penting bagi PRK berkenaan di ibu pejabat SPR di sini, hari ini.

[Video] Cukup-cukuplah 22 bulan wahai rakyat Malaysia – Ahmad Maslan

Dato Ahmad Maslan ketika berkempen di Pilihan Raya Kecil DUN Chini mengingatkan pengundi 22 bulan dibawah pentadbiran Pakatan Harapan. Antara lain beliau berkata... "22 bulan Agama...

Saingan 3 penjuru di PRK Chini

AKHIRNYA terjawab siapakah calon-calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini pada 4 Julai ini. PRK yang pertama kali dengan kebiasaan baharu...

PRN Sabah: BN tanding 31 kerusi – Senarai calon

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) mengumumkan akan bertanding 31 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada pilihan raya negeri (PRN) yang dijadualkan...

PRU15 Diadakan Serentak Dengan PRN Sabah, Sarawak Kata Sumber

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan mengumumkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat. Menurut sumber terdekat dengan UMNO yang dihubungi SuaraTV...

PRN Sabah: PPBM umum 29 calon: Satu bertindih dengan BN, dua bertembung PBRS

KOTA KINABALU – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini mengumumkan 29 calon yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah di bawah...

PN tak jemput PAS ke majlis umum calon

Di sebalik kerjasama dan hubungan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN), PAS dan BN tidak dijemput semasa majlis pengumuman calon gabungan tersebut pagi tadi. “Kita tak...

[Video] #PRKDUNSlim: Kerajaan PH, Kerajaan Gagalkrasi, Gagal Dari Semua Aspek – Najib Razak

Kerajaan PH, Kerajaan Gagalkrasi, Gagal Dari Semua Aspek. Mungkir janji, lupa semua janji selepas menang. Atok tak perjuangkan nasib kaum India seperti yang pernah...

Komen

..

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan telus sekali gus menuntut jawapan mengenai cara bagaimana kontrak projek...

Ekonomi Sabah menjunam dibawah Warisan kata Najib

Saya amat kagum dengan jawapan tipu diberi Shafie Apdal bahawa ekonomi Sabah merosot sejak mereka ambil alih pada tahun 2018 adalah salah kerajaan BN...

#PRNSabah: ‘Hukum kami jika mungkir janji’

Pentadbiran negeri di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dibarisi Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) sedia dihukum rakyat...

Najib cemuh Warisan isu janji manifesto

Bekas perdana menteri Najib Razak mencemuh Warisan selepas Presiden Shafie Apdal mempertikaikan dapatkah atau bolehkah manifesto Gabungan Rakyat Sabah dilaksanakan dan dicapai. Najib berkata manifesto...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,344PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...