Dr Mahathir Dimasukkan Ke HUKM - pakdin.my

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pagi Selasa bagi menjalani pembedahan kecil untuk mengeluarkan polip pada rongga hidung.

Pasukan perubatan yang diketuai Prof Dr Abdullah Sani Mohamed (Perunding Pakar Bedah ENT (telinga, hidung dan tekak) PPUKM), Prof Datuk BS Gendeh (Perunding Pakar Bedah ENT PPUKM), Prof Joanna Ooi (Perunding Pakar Bius, PPUKM) dan Datuk Dr Hassan Mohamad Ariff (Perunding Pakar Bius, IJN) melakukan pembedahan selama sejam bermula 9.30 pagi.

Bekas Perdana Menteri kini diletakkan di bawah pemantauan di wad biasa.

Beliau dijangka akan berada di hospital untuk beberapa hari akan datang.

Lawatan pada masa ini hanya dihadkan kepada anggota keluarga

UTAMABERITADr Mahathir Dimasukkan Ke HUKM

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium