24.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 26, 2020

Dr. Mahathir lemah, perlukan pakatan pembangkang – Wan Azizah

Pakatan pembangkang menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa mereka adalah lemah serta hanya menumpang pengaruh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sebaliknya, Ketuanya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail menegaskan bahawa Dr. Mahathirlah yang sebenarnya memerlukan bantuan pihak pembangkang dalam usahanya untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Dakwaan pembangkang tidak kuat sehingga memerlukan Dr. Mahathir adalah tidak benar. Sebaliknya beliau yang tidak kuat dan memerlukan kami (pembangkang),” katanya dalam sidang akhbar di Parlimen hari ini.

Beliau mengulas dakwaan pihak tertentu bahawa pakatan pembangkang memerlukan sokongan serta pengaruh daripada Dr. Mahathir.

Dalam pada itu, Wan Azizah berkata, pakatan pembangkang akhirnya mengakui bahawa pembebasan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi agenda utama yang akan dibawa bersama-sama reformasi lain yang terkandung di dalam pakatan antara Dr. Mahathir dan pembangkang.

Pendirian itu dibuat hanya beberapa hari selepas pakatan itu duduk semeja dengan Dr. Mahathir dan menandatangani satu ‘deklarasi’ yang disifatkan sebagai merentasi batasan politik dan tidak mewakili mana-mana parti.

Menurut Wan Azizah, pengakuan Dr. Mahathir sebagaimana terkandung dalam ‘deklarasi’ itu tidak mengubah hala tuju pakatan pembangkang terutamanya berhubung pendirian mengenai bentuk-bentuk reformasi undang-undang, politik, media, ekonomi, kewangan, pendidikan dan sosial.

“Pengakuan Dr. Mahathir itu adalah penerimaan secara tidak langsung bahawa institusi kerajaan yang tidak bebas telah memangsakan Anwar yang dipenjarakan kerana menjadi ancaman politik paling utama kepada pentadbiran Perdana Menteri.

“Oleh yang demikian, pakatan pembangkang pada hari ini menetapkan bahawa agenda pembebasan Anwar menjadi agenda utama yang akan dibawa bersama-sama agenda reformasi yang lain dalam usaha menyelamatkan Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan PAN, Khalid Samad berkata, Dr. Mahathir tidak menerima sokongan yang banyak dalam kalangan Ahli Parlimen ketika ini untuk menunaikan hasratnya menumbangkan Najib.

“Berapa banyak Ahli Parlimen beliau ada? Kami ada satu pakatan,” ujar beliau.

Berita Berkaitan

“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan...

Hisham: Umno perlu waspada, sedar bahaya sokong Anwar

Hishammuddin tak payah gelabah dan keluar kenyataan mengarut lah. Tak ada siapa dari UMNO...

Saya akan tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin, kalau bawa kepada pilihan raya mengejut, kata Nazri

Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz akan menarik balik sokongannya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin...

Poster ucapan tahniah atas upacara angkat sumpah Anwar adalah palsu kata AMK PKR

Berikutan penafian AMK mengenai desas-desus bakal mengangkat sumpah pada Jumaat ini, mengesahkan Anwar mengulangi...

Keputusan Presiden UMNO adalah ke arah pembubaran Parlimen, Anwar tak boleh jadi PM secara automatik

Pada saya, keputusan Presiden UMNO semalam untuk tidak menghalang mana-mana Ahli Parlimen UMNO untuk...

Dah jadi macam kartun, bubar saja parlimen kata Tajuddin Rahman

Kemelut politik terbaru yang tercetus rentetan pengumuman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan