Dr Mahathir Mahu 'Jambatan Bengkok' – Najib

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

15 jemaah masjid Jitra korban Covid dalam 2 minggu

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Dr Mohd...

[Video] Syarifuddin juara CEV Moto3 Remaja Dunia

Pelumba negara, Syarifuddin Azman mengharumkan nama Malaysia selepas muncul...

Kapolrestro Jakbar beri sinyalemen barang bukti selain ganja pada EAP

barang bukti cukup beragam dan cukup banyak yang...

新冠确诊添5304宗雪隆占46%

截至今午12时,我国新冠病毒单日新增确诊病例持续下降,报5304宗。

najib-mahathir-jambatan-bengkok

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menyuarakan hasratnya supaya kerajaan meneruskan projek pembinaan ‘jambatan bengkok’ yang menghubungkan Malaysia-Singapura.

Selain itu Najib berkata, bekas Perdana Menteri paling lama berkhidmat tersebut juga pernah menyuarakan bantahannya terhadap pelaksanaan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dilaksanakan kerajaan.

“Ada satu, dua perkara yang beliau nak saya buat. Tapi saya dah beri pandangan atas perkara ini. Misalnya beliau tak setuju BR1M, beliau minta buat (bina) ‘jambatan bengkok’ menggantikan tambak Johor yang ada sekarang ini.

“Tapi saya dah beri pandangan atas hal ini dan sebagainya. Jadi saya anggap ini sebagai perbincangan antara dua individu,” katanya dalam program Soal Jawab TV3 Edisi Khas bersama Perdana Menteri malam ini, yang dihoskan Hamdan Ahmir.

Perdana Menteri berkata, kemungkinan dua isu berkenaan menjadi asas kepada serangan berterusan Dr Mahathir terhadap kepimpinannya.

Sebelum ini perundingan dan pelaksanaan pembinaan jambatan bengkok atau ‘Jambatan Indah’ diilhamkan Dr Mahathir ketika masih berkhidmat sebagai Perdana Menteri.

Bagaimanapun pembinaan jambatan bengkok dibatalkan atas keputusan kerajaan semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.

BACA juga:

Leave a Reply