26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, November 30, 2020

Dr Mahathir Sahkan Berada Di Malaysia Ketika Peristiwa Memali, Nafi Musa Hitam Minta Tangguh Lawatan Ke China

mh370-Jangan Asyik Kritik-Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan beliau berada di dalam negara ketika tercetusnya peristiwa Memali pada 19 November 1985.

Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri itu menafikan dakwaan yang dibuat oleh Tun Musa Hitam yang memintanya supaya menangguhkan lawatan ke China yang dijadualkan sehari selepas peristiwa hitam tersebut.

Musa merupakan Timbalan Perdana Menteri disamping menjadi Menteri Dalam Negeri pada ketika itu.

Dalam satu kenyataan pada minggu lalu, Musa berkata beliau meminta Dr Mahathir supaya menangguhkan lawatan ke China atas tiga sebab.

Tiga sebab itu adalah peristiwa tersebut berlaku di Kedah (negeri Perdana Menteri sendiri), ia melibatkan orang Melayu beragama Islam dan penangguhan lawatan itu akan memperlihatkan sifat Perdana Menteri mengutamakan dan mengambil berat terhadap peristiwa yang berlaku di dalam negeri.

Sehari sebelum lawatan Dr Mahathir ke China, polis menyerbu perkampungan kecil dimana pemimpin PAS, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya mengajar agama dan membunuh 14 orang awam termasuk Ibrahim.

“Pada 20 November 1985, saya mengepalai satu rombongan swasta yang amat besar kerana saya anggap terdapat banyak peluang dagangan dengan China yang baru sahaja dibuka untuk penyertaan peniaga luar.


“Saya tidak ingat yang Tun Musa datang berjumpa saya untuk saya tidak pergi ke Beijing tetapi beliau berada di lapangan terbang bersama dengan ramai orang yang ingin ucap selamat pemergian saya ke Cina.

“Di waktu itu pun saya tidak ingat yang Tun Musa menasihat supaya saya tidak pergi luar negeri,” katanya dalam laman blog miliknya, chedet.cc pada Khamis.

Malah, Dr Mahathir yakin Musa dapat menangani keadaan sehingga beliau dilantik sebagai pemangku Perdana Menteri pada waktu itu.

“Saya kembali ke tanah air pada 28 November 1985. Semasa berada di luar negara tidak ada apa-apa yang berlaku yang tidak boleh ditangani oleh Timbalan Perdana Menteri yang memangku jawatan Perdana Menteri.

“Soal peristiwa saya kononnya tidak ada dalam negeri semasa peristiwa berlaku bukan disebar oleh saya. Dalam buku saya pun saya tidak sebut perkara ini. Yang diketahui umum ialah Dato Musa Hitam ialah Menteri Dalam Negeri, disamping menjadi Timbalan Perdana Menteri pada masa itu.

Sebagai Menteri Dalam Negeri rundingan dan laporan oleh Ketua Polis Negara dibuat kepadanya. Menteri Dalam Negeri juga terlibat dalam memutuskan tindakan yang diambil. Jika hanya apabila semua berjalan dengan baik pengakuan bertanggungjwab dibuat, tentulah ini kurang manis,” katanya.

Berita Berkaitan

Anwar janji lepas jawatan jika gagal tumbangkan PN, kata Pemuda PAN Bukit Bintang

Ketua Pemuda PAN Bukit Bintang, Sheikh Khuzaifah Bawazeer mendakwa Anwar Ibrahim berjanji akan melepaskan...

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...