Dr Mahathir, Tommy Thomas dan Guan Eng tipu rakyat #pakdin.my

KUALA LUMPUR : Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz hari ini mendedahkan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas pernah berhasrat untuk menyelesaikan isu berhubung penyelesaian hutang tertunggak oleh bank pelaburan Goldman Sachs Group Inc di luar mahkamah.

Tengku Zafrul berkata syor itu dikemukakan kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam surat bertarikh 11 Feb 2020.

“Kita mempunyai rekod yang menunjukkan bahawa pada 13 Dis 2019, kerajaan terdahulu (Pakatan Harapan) telah menawarkan penyelesaian US$4 bilion kepada Goldman Sachs, tetapi tawaran itu telah ditolak oleh Goldman Sachs, sebaliknya mereka telah memberi tawaran balas iaitu hanya US$1.5 bilion.

“Yang terkini dan belum pernah dikongsi sebelum ini ialah surat bertarikh 11 Feb 2020, Tan Sri Tommy Thomas telah memaklumkan kepada mantan perdana menteri bahawa Goldman Sachs bersetuju menaikkan tawaran mereka kepada US$1.75 bilion.

“Jumlah ini termasuk juga bayaran cukai US$164 juta dan pemulangan yuran sebanyak US$567 juta. Syor yang diberi mantan peguam negara dalam surat tersebut adalah untuk mencari penyelesaian di luar mahkamah …pada waktu itu, bekas Peguam Negara turut menawarkan penyelesaian (di luar mahkamah) dengan Goldman Sachs.

“…oleh itu adalah licik untuk beliau menyatakan bahawa kami (Perikatan Nasional) tidak sepatutnya lakukan apa yang beliau sebenarnya mahu lakukan terlebih dahulu,” katanya semasa menggulung perbahasan menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementerian itu pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

– BERNAMA

…………..
Berita terdahulu: (November 04, 2019)

Rendah sangat, kerajaan tidak setuju Goldman Sachs bayar AS$2 bilion – Tun Mahathir

BANGKOK: Cadangan bayaran ganti rugi bernilai AS$2 bilion oleh Goldmand Sachs kepada Malaysia ada terlalu rendah dan ia tidak boleh diterima kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Mereka sepatutnya membayar AS$7 bilion dan sudah pasti mereka tidak mampu membayarnya. Tawaran Goldman Sachs (AS$2 bilion) adalah terlalu rendah dan sebab itu kita tidak bersetuju.
“Jika kedua pihak tidak berjaya mencapai penyelesaian, kes ini akan dibawa ke mahkamah,” katanya kepada sidang media di Bangkok, Thailand hari ini.

Beliau mengulas laporan bahawa pasukan perunding Malaysia mungkin bersedia menerima sejumlah AS$2 bilion ganti rugi dari bank berkenaan.
Dr Mahathir berkata tindakan Goldman Sachs sebelum ini yang mengenakan komisien 10 peratus dan caj 6 peratus terhadap pinjaman oleh kerajaan Malaysia melalui syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah satu kesalahan.

Goldman Sachs menerima sejumlah AS$600 juta selepas membantu 1MDB menerbitkan pinjaman bernilai AS$6.5 bilion pada 2012 dan 2013.

Malaysia di bawah kerajaan Pakatan Harapan menuntut bayaran berjumlah AS$7.5 bilion dari syarikat berkenaan dan rundingan masih berjalan.

Setakat ini seramai 17 bekas eksekutif Goldman Sachs telah didakwa kerana terlibat dalam kes membabitkan 1MDB.

https://pakdin.my/tag/goldman-sachs

Berkaitan