26.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 28, 2020

Dr MAZA Bakal Terima Biasiswa White House?

AIDCNews – 18/09/12 – Seorang pengirim bernama Ali Reza Ahmed Askari menghantar email bertanya benarkah Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (DrMAZA) bakal menerima biasiswa daripada White House?

“Jika benar, berita dan khabar tentang anugerah biasiswa tersebut dari Presiden dan kerajaan Amerika Syarikat tersebut kepada DrMAZA, maka umat Islam dan negara Malaysia dan mungkin akan kehilangan seorang tokoh yang dahulunya kritis terhadap penindasan terhadap golongan mustadhafin di seluruh dunia.

“Kita berharap DrMAZA boleh menjawab dan membersihkankan dirinya kepada umum secepat mungkin serta menolak anugerah dari musuh Islam tersebut jika benar,” gesanya.

Berikut disiarkan sepenuhnya email Ali Reza :


Dr MAZA Bakal Terima Biasiswa White House?

Khabar angin yang kencang daripada inner circle Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (DrMAZA) mengatakan pentadbiran Barack Obama akan mengurniakan biasiswa Leadership kepada DrMAZA dalam masa terdekat ini. Bukan calang-calang individu boleh disenaraipendekkan untuk menerima biasiswa sedemikian rupa terutamanya dari negara seperti Malaysia yang diketahui sebagai sebuah negara Islam yang masih lagi bebas dari pengaruh Amerika selain Iran.

DrMAZA selepas menjawat Mufti Perlis pernah menjadi felo di Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS) dan juga kolumnis tetap di Malaysiakini (yang dikatakan turut ditaja oleh kepentingan Amerika dan George Soros). Kebelakangan ini, idea-ideanya sekarang ini banyak dipengaruhi oleh pemikiran barat dan juga banyak memuja reformis ugama Kristian, Martin Luther yang mengasaskan ugama Protestan di Eropah.

Buat masa ini, DrMAZA sudah mula cenderung ke arah pemikiran Islam yang diacuankan oleh pemikiran Barat daripada acuan ulamak-ulamak dari Timur Tengah serta banyak berdiskusi dengan sarjana-sarjana dari Barat berkenaan hal-ehwal politik Dunia Islam. Perubahan ini banyak dilihat setelah kembalinya beliau dari Oxford University.


Baru-baru ini, DrMAZA juga telah menerima “penghormatan” untuk menghadiri makan tengahari bersama Duke and Duchess of Wales, Prince William dan Puteri Katherine yang berkemungkinan besar tidak ada kaitan dengan statusnya sebagai bekas mufti Perlis.

Jika benar, berita dan khabar tentang anugerah biasiswa tersebut dari Presiden dan kerajaan Amerika Syarikat tersebut kepada DrMAZA, maka umat Islam dan negara Malaysia dan mungkin akan kehilangan seorang tokoh yang dahulunya kritis terhadap penindasan terhadap golongan mustadhafin di seluruh dunia.

Kita berharap DrMAZA boleh menjawab dan membersihkankan dirinya kepada umum secepat mungkin serta menolak anugerah dari musuh Islam tersebut jika benar.

Ali Reza Ahmed Askari


Berita Berkaitan

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana...

[Video] Sebarang keputusan adalah keputusan parti, parti yang akan buat keputusan – Najib

Perbincangan telah pun diadakan mengenai situasi semasa. Pelbagai pandangan diutarakan. Penelitian akan dibuat oleh Majlis Tertinggi. Nasihat...

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan