Sunday - July 25, 2021 @ 22:55
GAYA HIDUPAGAMADr Mohd Asri, Kazim Elias berdamai

Dr Mohd Asri, Kazim Elias berdamai

kazim-asri-damai

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan pendakwah bebas, Datuk Kazim Elias akhirnya bertemu bagi menyelesaikan salah faham di antara mereka, malam tadi.

Dalam pertemuan di Kangar, Perlis, pada jam 8.30 malam, kedua-dua tokoh agama terbabit membincangkan perancangan terdekat bagi memperjelaskan keadaan semasa berkaitan hubungan mereka.

Kazim ketika dihubungi, berkata beliau berpuas hati dengan penjelasan diberikan Mohd Asri ketika pertemuan itu.

Katanya, mereka turut berbincang mengenai perancangan program yang akan dilaksanakan bersama pada masa depan.

“Perbincangan kami lebih tertumpu kepada macam mana nak jadikan masyarakat kita lebih bertanggungjawab dalam berdakwah untuk mengelakkan pertelingkahan.

“Sebenarnya, tiada masalah besar yang berlaku antara kami berdua, cuma benda sudah ditakdirkan untuk berlaku. Kami juga akan menjalankan program bersama dalam masa terdekat, mungkin satu atau dua hari lagi,” katanya.

Sementara itu, Dr Asri dalam keterangan gambar di Facebook, menulis:

“Minum dan tersenyum’ Saya Alhamdulillah menerima tetamu istimewa malam ini Datuk Kazim Elias di Kangar, Perlis. Turut sama Datuk Dr Asyraf Wajdi (Dusuki) Yang Dipertua YADIM. Kami minum dan makan dengan mesra sebagai saudara Muslim di kafe yang sedap menunya, Cafe Blackwood, Kangar.”

Kelmarin, BH melaporkan, Mohd Asri dan Kazim dinasihatkan duduk berbincang menyelesaikan salah faham antara mereka, yang disifatkan sebagai kecil dan remeh.

Perselisihan faham mereka bermula apabila Mohd Asri menuduh Kazim periwayat hadis palsu ketika memberi ceramah, sehingga mengejutkan Kazim dan banyak pihak.

Mohd Asri mengakui beliau ada bukti dan Kazim pula mahu Mufti Perlis itu mengemukakan bukti mengenai tuduhan itu.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here