Dr. Yusuf Al-Qaradawi hargai sumbangan Malaysia - pakdin.my

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima cenderahati berbentuk cebisan karpet Masjid Al-Alqsa yang disampaikan oleh Ulama Islam Sedunia, Prof. Dr Yusuf Al-Qaradawi melalui wakilnya, Timbalan Pengarah Yayasan Al-Quds Beirut, Dr. Aiman Zaidan (kanan) selepas majlis perasmian Seminar Dakwah Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini. Turut sama Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Al-Quds Malaysia, Nasharudin Mat Isa (kiri)

KUALA LUMPUR 9 Okt. – Tokoh ulama terkemuka, Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi mengutus surat kepada kerajaan Malaysia bagi menghargai sumbangan negara ini dalam membantu rakyat Palestin.

Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Al-Quds Malaysia, Nasharudin Mat Isa, surat daripada ulama tersohor berkenaan diserahkan oleh Timbalan Pengarah Al-Quds Beirut, Dr. Aiman Zaidan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam, selepas Majlis Perasmian Seminar Dakwah Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

“Al-Qaradawi yang merupakan Pengerusi Majlis Pemegang Amanah Yayasan Al-Quds International yang beribupejabat di Beirut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan rakyat Malaysia di atas sumbangan berterusan terhadap isu Palestin.

“Beliau juga menghargai sumbangan berjumlah AS$5 juta oleh Malaysia yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini bagi membiayai pembinaan sebuah kolej kesihatan di Al-Quds,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Nasharudin, selain menghargai keprihatinan Malaysia dalam isu Palestin, Al-Qaradawi juga mendoakan kesejahteraan Najib, Muhyiddin, kerajaan dan rakyat Malaysia.

“Al-Qaradawi yakin bahawa Malaysia akan terus memberi sumbangan dan sokongan terhadap isu-isu Islam serta umat Islam seluruh dunia khususnya di Palestin,” katanya – Utusan

Zulkifli Noordin : Saya Berdosa, Perdayakan Syeikh Yusof Al Qaradawi

Anwar Pernah Siasat Dr Yusof Al Qaradawi, 5 jam – Azmin Ali

UTAMABERITADr. Yusuf Al-Qaradawi hargai sumbangan Malaysia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium