Dr Zakir Naik: Syed Saddiq ‘U-turn’ - pakdin.my

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kelihatan sudah ‘U-turn’ berkaitan pandangan beliau terhadap pendakwah Islam terkenal Dr Zakir Naik selepas beliau (Syed Saddiq) mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk dari kalangan ahli Parti PPBM.

Kedua-duanya makan malam bersama di rumah Syed Saddiq di Petaling Jaya, hanya sepuluh hari selepas menteri itu menggesa supaya Zakir dihantar pulang susulan ucapan kontroversinya baru-baru ini.

Bagaimanapun, gesaan menteri belia dan sukan itu mendapat kecaman di kalangan pengguna media sosial Melayu Islam, dan sumber memberitahu Syed Saddip turut mendapat tempias bidasan daripada penyokong dan ahli Bersatu.

Pada suatu hantaran di media sosial hari ini, Syed Saddiq menyertakan bersama gambar beliau duduk semeja bersama pendakwah itu.

Isu Zakir Naik pula menjadi kontroversi susulan kenyataannya ketika berceramah di Kelantan pada 8 Ogos lalu apabila mempersoalkan kesetiaan penganut Hindu warga negara Malaysia.

Ketika mengulas pertuduhannya di India, Zakir telah berkata rakyat Malaysia beragama Hindu lebih menyokong kerajaan India berbanding Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Beliau juga telah membuat beberapa kenyataan mengenai orang Cina Malaysia memanggilnya sebagai “tetamu lama.”

Hal itu mencetuskan desakan supaya dia dihantar pulang ke India.

Artikel sebelum:
Fathul Bari sedia atur perjumpaan Dr. Zakir dengan Syed Saddiq
https://pakdin.my/fathul-bari-sedia-atur-perjumpaan-dr-zakir-dengan-syed-saddiq/

UTAMABERITADr Zakir Naik: Syed Saddiq 'U-turn'

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium