@drhasanali Ambil Tindakan Terhadap @MahfuzOmar - pakdin.my

Namun yang pasti  tuan punya badan yang mendakwa dirinya difitnah akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Datuk Mahfuz.

Tegas Datuk Dr Hassan  tuduhan itu ternyata berat dan menjejaskan kredibilitinya.

DATUK DR HASAN ALI  / PRESIDEN JATI
Saya dapati tuduhan yang dibuat sehingga memerlukan satu sidang akhbar khas oleh yb datuk mahfuz adalah berniat jahat berunsur fitnah , percubaan memburukkan imej saya di mata rakyat mencemar kreadibiliti saya.

Beliau bercakap pada satu sidang media di ibu negara….

DATUK DR HASAN ALI  / PRESIDEN JATI
Saya tidak pernah melantik mana2 wakil bagi pihak saya utk merundingkan hal2 yang berkaitan dengan latihan tersebut sejak jati dilancarkan pada 21 februari lalu tidak pernah terlibat dalam sebarang bentuk program latihan yg disebutkan

Tambahnya- tuduhan menyebabkan anggota keluarga terdekat menanggung malu.

Selain menjadikan ahli Jati yang baru ditubuhkan mempersoalkan kreadibiliti beliau sebagai pemimpin.

DATUK DR HASAN ALI  / PRESIDEN JATI
Saya telahpun menyerahkan perkara ini kepada barisan peguam saya untuk mengambil tindakan yang munasabah , dan satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan kemudian

Beliau turut menafikan mana-mana wakil daripada Umno bertemunya bagi membincangkan sebarang program untuk dikendalikan bersama.

Malah sebahagian kos daripada program Jati ditanggung sendiri.

Sebagai badan bukan kerajaan juga beliau tidak nampak kenapa Jati tidak boleh menerima sumbangan daripada pihak yang mahu memartabatkan perjuangan dibawakan.

UTAMABERITA@drhasanali Ambil Tindakan Terhadap @MahfuzOmar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium