27 C
Kuala Lumpur
Monday, January 25, 2021

Dua AJK Pemuda UMNO Hulu Langat maut kemalangan

Orang ramai termasuk Ahli Dewan Undangan (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz (kanan) membantu mengangkat mayat Khairul Hisham Janarudin

PUTRAJAYA 28 Mac – Dua Ahli Jawatankuasa (AJK) Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Hulu Langat, Selangor maut manakala tiga lagi cedera, termasuk seorang parah apabila kereta yang mereka naiki terbabas lalu merempuh sebatang tiang lampu di Persiaran Timur, berhampiran susur keluar Desa Pinggiran Putra di sini, hari ini.

Mereka yang terbunuh ialah Khairul Isham Janarudin dan Saifuddin Kandar yang merupakan penumpang kereta berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz berkata, beliau menerima panggilan daripada salah seorang mangsa yang terselamat dalam kemalangan itu yang memaklumkan bahawa kereta yang dinaikinya terlibat dalam satu kemalangan ngeri.

Katanya, mereka dalam perjalanan pulang ke Kajang selepas menghantar Ketua Penerangan Pemuda UMNO bahagian itu, Al Dita Aladin ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk menunaikan umrah.

Keadaan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang rosak teruk akibat kemalangan di Persiaran Timur berhampiran susur keluar Desa Pinggiran Putra.

Berita Berkaitan

Komen

  1. qollu inalillahi wainalillahi rojiun..Bersama-samalah kita berdoa semoga arwah d tempatkan dkalangan org yg bertaqwa..ALFATIHAH..& KITA DOAKAN KPD YG CEDERA SUPAYA CEPAT SEMBUH DGN RAHMATNYA ..

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.