Dua beradik lemas di Papar - pakdin.my

PAPAR: Mayat remaja berusia 15 tahun yang hilang ketika mandi sungai di Kampung Ovai, berhampiran Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), di sini petang semalam, ditemui kira-kira jam 10.15 pagi tadi, tujuh jam selepas adiknya disahkan meninggal dunia.

Mayat Faris Ashraf Mohd Dali, 15, ditemui oleh pasukan mencari sebelum dihantar ke Hospital Papar. Terdahulu adiknya, Sheck Ismail, 13, disahkan meninggal dunia di hospital sama kira-kira jam 3.15 pagi tadi.

Ketika kejadian kira-kira jam 6 petang itu, dua beradik berkenaan sedang berkelah di sungai itu bersama keluarga sebelum mereka dihanyutkan arus dan tenggelam.

Difahamkan, beberapa minit kemudian, Sheck Ismail timbul di tengah sungai sebelum ditarik oleh bapa tirinya ke tebing dalam keadaan tidak sedarkan diri. Mangsa dikejarkan ke Hospital Papar untuk rawatan, namun disahkan meninggal dunia pada jam 3.15 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Papar, Dunstan Peter, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 6.05 petang semalam sebelum menghantar sepasukan anggota ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa.

Dunstan berkata, dua beradik itu bersama keluarga mereka baru pertama kali berkelah di sungai berkenaan dan tidak tahu ada kawasan air berpusar dan berarus deras.

“Kedua-dua mangsa tidak pandai berenang dan apabila dibawa arus sungai ke kawasan dalam, mereka terus tenggelam,” katanya.

UTAMABERITASABAHDua beradik lemas di Papar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium