Dua beranak maut kemalangan berhampiran susur keluar Tanjung Malim #pakdin.my

kemalangan-higway-tanjung-malim-2

Kuala Kubu Bharu: Ibu bersama bayinya berusia setahun maut selepas kereta dinaiki lima sekeluarga terbabit dalam kemalangan di Kilometer 403.9 lebuh raya PLUS arah Ipoh dekat susur keluar Plaza Tol Tanjung Malim, 5.55 pagi tadi.

Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta dinaiki mangsa yang dipandu suaminya terbabas ke kiri jalan dan melanggar besi penghadang jalan.

Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam Qhuirudin Tasrio berkata, bomba menerima panggilan pada 5.59 pagi dan tiba di lokasi 30 minit kemudian.

“Setibanya di lokasi kita dapati seorang wanita tersepit di tempat duduk penumpang hadapan dan besi penghadang jalan tertusuk pada paha mangsa.

“Kita memotong batang besi itu dan berjaya mengeluarkan mangsa beberapa minit kemudian,” katanya.

Menurutnya, mayat bayi serta tiga lagi mangsa yang terselamat dikeluarkan orang awam.

PILU… Sharul Raziman Osman (duduk,kanan) memujuk anaknya Nur Adni Afeefa, 3, yang tidak henti-henti memanggil arwah ibunya Mahfuzah Ishak dan adiknya Mohamad Harraz Zafran mangsa kemalangan di Lembah Beringin Hulu Selangor awal pagi tadi. Jenazah kedua-dua mangsa kemalangan itu tiba di rumahnya di Felda Lepar Hilir Satu untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Teluk Pekan malam ini. Shahrul Raziman dan Nur Adni Afeefa turut terlibat dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 403.9, Lebuhraya Utara Selatan dekat Lembah Beringin.
PILU… Sharul Raziman Osman (duduk,kanan) memujuk anaknya Nur Adni Afeefa, 3, yang tidak henti-henti memanggil arwah ibunya Mahfuzah Ishak dan adiknya Mohamad Harraz Zafran mangsa kemalangan di Lembah Beringin Hulu Selangor awal pagi tadi.
Jenazah kedua-dua mangsa kemalangan itu tiba di rumahnya di Felda Lepar Hilir Satu untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Teluk Pekan malam ini.
Shahrul Raziman dan Nur Adni Afeefa turut terlibat dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 403.9, Lebuhraya Utara Selatan dekat Lembah Beringin.

kemalangan-higway-tanjung-malim-1

Berkaitan