32.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 28, 2021

Dua beranak muka tular dalam Facebook curi produk kecantikan diberkas

Seorang ibu dan anak perempuannya ditahan polis selepas dipercayai mencuri produk kecantikan di sebuah kedai rangkaian runcit kesihatan dan kecantikan di Lahad Datu, Sabah, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 7.30 malam itu, kedua-dua wanita berusia 43 dan 21 tahun menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu selepas gambar mereka disiarkan menerusi Facebook Ibu pejabat Polis (IPD) Lahad Datu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, pihaknya menerima laporan daripada penyelia kedai berusia 28 tahun berhubung kejadian yang berlaku Khamis lalu.

Katanya, penyelia itu mendakwa menyedari dua wanita yang masuk ke premis tempat kerjanya dalam mencurigakan dan disyaki mencuri barangan jualan mereka.

“Apabila penyelia memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kedua-dua wanita terbabit dilihat memasukkan barangan produk kecantikan yang dianggarkan bernilai RM140 ke dalam beg.

“Mereka kemudian keluar daripada premis berkenaan tanpa membuat pembayaran,” lapor Sabah Post hari ini.

Nasri berkata, kedua-dua suspek yang ditahan mengaku melakukan kesalahan berkenaan.

Katanya, kedua-dua suspek disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.