Sunday - July 25, 2021 @ 13:45
BERITANASIONALDua Bilik Rahsia Untuk Sembunyi Gro

Dua Bilik Rahsia Untuk Sembunyi Gro

Dua Bilik Rahsia Untuk Sembunyi Gro

Sanggup berhimpit di dalam bilik tangki air untuk elak dicekup.

Namun, taktik itu dikesan pihak berkuasa menyaksikan 47 gro warga asing ditahan dalam operasi di sebuah pusat hiburan dan karaoke di Ipoh, Perak awal pagi tadi.

Serbuan dilakukan anggota Cawangan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat Bukit Aman serta Unit Anti Pemerdagangan Orang.

Gro disembunyikan di bilik yang terletak di tingkat enam ini selepas menerima isyarat daripada penjaga mengenai kehadiran pihak berkuasa.

Pemeriksaan mendapati sebuah lagi bilik rahsia terletak di belakang cermin bilik air di dalam sebuah bilik karaoke eksklusif.

43 wanita warga China, tiga Vietnam dan seorang Indonesia ditahan.

Turut ditahan seorang lelaki dipercayai pengurus dan dua orang mak nyah.

Semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh untuk siasatan lanjut.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007.

 

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here