Dua cedera bas masuk gaung #pakdin.my

bas masuk gaung bidor

Bidor : Dua daripada 25 penumpang bas cedera selepas kenderaan dinaiki terbabas dan terjunam dalam gaung sedalam kira-kira 10 meter di Kilometer (KM) 349.7 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat Bidor, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, hanya dua mangsa cedera ringan, manakala penumpang yang lain keluar dengan selamat selepas bas terbabas.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Bidor berkata, bas yang dinaiki 25 penumpang terdiri daripada 12 lelaki, 10 perempuan dan tiga kanak-kanak dan dipercayai dalam perjalanan dari Klang ke Hatyai, Thailand.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan pada 1.26 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian.

“Bagaimanapun, setiba di tempat kejadian pihaknya mendapati semua penumpang bas berkenaan menyelamatkan diri dengan keluar dari bas selepas ia terbabas.

“Pemantauan dijalankan di lokasi kejadian bagi memastikan tiada mangsa tersepit akibat kejadian itu,” katanya.

Beliau berkata, operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Nasir Md Noor, tamat pada 2.20 pagi.

Berkaitan