Dua Cedera Insiden Gaduh Di Kota Raya (video) - pakdin.my

Dua orang cedera dalam insiden pergaduhan di sebuah kedai telefon bimbit di Kompleks Kota Raya dan kira-kira 20 orang mendakwa ditipu oleh kedai berkenaan.

Polis berkata, keadaan itu kini dalam keadaan terkawal dan sedang mencari suspek yang mencetuskan kekecohan dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 5 petang Ahad.

Dilaporkan bahawa Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengadakan sidang media di luar kedai dan menuntut bayaran balik kepada mereka yang didakwa telah ditipu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Dang Wangi, Timbalan Supt M.Gunalan berkata, kekecohan itu dipercayai melibatkan dua kumpulan berbeza.

“Mereka datang sejurus selepas kumpulan berkenaan mengadakan sidang media di luar kedai untuk menuntut bayaran balik. Terdapat kira-kira 20 orang datang yang membawa kayu dan helmet, sehingga mencetuskan pergaduhan melibatkan lapan pekerja kedai berkenaan.

“Berdasarkan apa yang kita lihat, hanya satu meja yang dipecahkan oleh mereka yang bergaduh, dan beberapa telefon bimbit hilang. Mereka yang cedera ringan dirawat di Hospital Tung Shin.

Insiden di kedai itu kecoh secara dalam talian selepas seorang pelanggan mendakwa dipaksa membayar RM10,000 untuk empat telefon bimbit selepas dia hanya berjanji untuk membayar RM800.

Mohd Ali Baharom yang lebih dikenali sebagai Ali Tinju kemudiannya mengetuai kumpulan “baju merah” di luar Kota Raya pada Jumaat lalu dan menuntut supaya memboikot kompleks berkenaan.

PPIM bagaimanapun secara terbuka bertentangan dengan Ali Tinju dengan mengatakan bahawa perkara itu adalah isu kepenggunaan dan bukan perkauman.

penipuan-smartphone-kotaraya-gaduh

UTAMABERITADua Cedera Insiden Gaduh Di Kota Raya (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium