Dua gol Rooney benam Liverpool - pakdin.my

WAYNE Rooney meledakkan gol pertama Manchester United pada separuh masa kedua dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Liverpool semalam. Tuan rumah menundukkan Liverpool 2-1 di Stadium Old Trafford, Manchester, England.

LONDON: Dua gol Wayne Rooney selang dua minit membawa Manchester United kembali di kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris apabila menewaskan Liverpool 2-1 di Old Trafford, sebentar tadi.

Rooney meledak sebaik separuh masa kedua bermula pada minit ke-46 dan dua minit kemudian menjadikan kedudukan 2-0

Liverpool bagaimanapun bangkit apabila Luis Suarez berjaya menguis masuk pada minit ke-79.Pertemuan United dan Liverpool dipenuhi emosi apabila Suarez beraksi semula selepas digantung lapan permainan kerana mengeluarkan kata-kata berunsur perkauman terhadap Patrice Evra.

Malah Suarez enggan bersalaman dengan Evra sebelum permainan bermula dan keadaan itu menjadikan penyokong United menyorak Suarez setiap kali dia mendapat bola.

UTAMABERITADua gol Rooney benam Liverpool

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium