31.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 29, 2020

Dua Gol Suarez Untuk Uruguay Memaksa England Balik Awal #PialaDunia2014

pialadunia2014-uruguay-england-1d

SAO PAULO: Dua gol daripada Luis Suarez meranapkan impian Piala Dunia England apabila tewas kepada Uruguay 2-1 dalam aksi Kumpulan D di Corinthians Arena di Sao Paulo, sebentar tadi.

Bintang Liverpool yang hadir menanggung kecederaan lutut selepas pembedahan sebulan lalu menyumbat satu gol pada setiap babak permainan untuk menyalakan impian pasukannya mara ke pusingan kedua.

Wayne Rooney membuat ancaman awal apabila tandukannya terkena palang pada babak pertama, namun kealpaan benteng pertahanan – gelagat sama ketika tewas kepada Itali – diulangi yang membenar Suarez membuka tirai jaringan.

Penyerang itu mudah memperdayakan benteng England dan penjaga gol, Joe Hart dengan satu tandukan baik selepas menerima umpanan daripada Edinson Cavani pada minit ke-39.

England menyamakan kedudukan pada minit ke-75 apabila Rooney menyambung masuk kemas hantaran paras rendah Glen Johnson untuk gol pertamanya dalam Piala Dunia selepas tiga percubaan.

Namun, Suarez – pemain terbaik Liga Perdana Inggeris – merembat masuk gol kemenangan pada minit ke-85 selepas England gagal menyekat bola hantaran jauh penjaga gol, Fernando Muslera.

Uruguay kini menyertai Itali dan Costa Rica dengan himpunan tiga mata manakala England tanpa sebarang mata selepas dua kekalahan dan mungkin tersingkir daripada peringkat kumpulan buat pertama kali sejak 1958.

Suarez sekali lagi letak Uruguay di depan
Luis Suarez merembat gol kedua Uruguay pada minit ke-85 untuk membolehkan mereka kembali di depan dengan 2-1

pialadunia2014-uruguay-england-1c

Rooney ceriakan penyokong England dengan gol penyamaan
Wayne Rooney ledak gol penyamaan pada minit ke-75 selepas menerima hantaran kemas Glen Johnson di sebelah kanan padang ketika perlawanan menentang Uruguay.

pialadunia2014-uruguay-england-1b

Suarez bantu Uruguay dahului England 1-0
Penyerang Uruguay, Luis Suarez memperdayakan benteng England untuk menjaringkan gol pembukaan membantu pasukan mendahului 1-0 mengatasi lawan di Corinthians Arena di Sao Paulo.

Suarez, kembali daripada kecederaan tidak dikawal langsung pertahanan lawan apabila hadir menanduk masuk umpanan daripada Edinson Cavani daripada jarak enam meter.

pialadunia2014-uruguay-england-1a

Uruguay: Muslera, Gimenez, Godin, Caceres, Pereira (Fucile 79), Lodeiro (Stuani 67), Gonzalez, Arevalo Rios, Rodriguez, Cavani, Suarez (Coates 89).


Subs: Munoz, Gargano, Hernandez, Forlan, Perez, Ramirez, Maxi Pereira, Silva.

Goal: Suarez 39, 85

Booking: Godin

England: Hart, Baines, Cahill, Jagielka, Johnson, Gerrard, Henderson, Sterling (Barkley 64), Rooney, Welbeck (Lallana 71), Sturridge.

Subs: Foster, Wilshere, Lampard, Smalling, Jones, Milner, Lambert, Shaw, Forster.

Goal: Rooney 75

Booked: Gerrard

Referee: Carlos Velasco Carballo (Spain)

Berita Berkaitan

Daging Salai Serai

Kepada peminat gulai, lauk daging gulai serai ini mungkin boleh dijadikan hidangan tengahari sekeluarga...

Integrasi pengubatan moden dan tradisional Cina untuk rawatan COVID-19

Usaha sedang digiatkan di sesetengah negara seperti China untuk menggunakan pengubatan tradisional serta ubat...

Selepas 8 bulan, jemaah luar negara dibenarkan tunai umrah

Kumpulan pertama jemaah luar negara menunaikan umrah di tanah suci pada Rabu selepas ibadah...

Terpengaruh bisikan syaitan punca gadis Islam dedah aurat, bergelek di media sosial

Kelakuan wanita Islam mendedahkan aurat dan menari di aplikasi media sosial mendapat teguran pendakwah...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...