32 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 23, 2020

Dua Kali Azmin Bodoh

Netizen terumatanya rakyat Selangor membanjiri akaun FB rasmi Azmin Ali dengan komen berbaur kritikan dan sindirian selepas Menteri Besar dari PKR itu berkunjung ke China untuk menarik pelaburan ke negeri ini.
Rakyat bukanlah marah dengan usaha Azmin memajukan negeri ini tetapi kecewa dan menyampah terhadap sikap para pemimpin Pakatan Harapan yang tak ubah seperti talam dua muka.
Apa tidaknya, ketika Najib Razak membawa lebih RM300 bilion pelaburan asing ke negara ini, mereka melontarkan pelbagai tohmahan ke atas sosok Perdana Menteri Malaysia itu seperti menggadai maruah negara dan menjual kedaulatan tanah air.
Azmin Ali turut tidak terkecuali mengkritik beliau. Apa sahaja yang tidak dihamburkan terhadap Najib.. masih ingat kata-kata Azmin, “Najib Razak adalah Perdana Menteri paling bodoh!” ketika berucap dalam satu majlis baru-baru ini selepas China bersetuju melabur dalam projek ECRL? Malangnya, inilah standard Menteri Besar kesayangan rakyat Selangor ketika ini.
Justeru, jika kita memakai logik yang sama, maka boleh juga disimpulkan bahawa Azmin Ali ialah Menteri Besar paling bodoh dalam sejarah  Selangor kerana mahu menjual negeri ini kepada orang China selepas berjaya menggadaikan maruah negeri berdaulat ini kepada IKEA pada nilai hanya RM1 bilion sahaja bulan lalu.
Sekarang, anda dipersilakan meludah ke muka Azmin dan muka anda sendiri kerana kebodohan anda menyebabkan Selangor bakal tergadai sepenuhnya.

Berita Berkaitan

MIC ‘mahu’ kekal bertanding sembilan kerusi Parlimen

MIC mahu kekal bertanding di sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

700 Bekas Ahli Parti PAN Sertai UMNO

LABUAN – Seramai 700 bekas ahli Parti Amanah Negara (PAN) Labuan menyertai UMNO Labuan...

Rakyat Dah Tak Percaya Mahathir, Populariti Merudum Teruk – Husam Musa

Bekas Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Husam Musa berkata, populariti Tun Dr...

Husam: PAN parti diktator, lebih senang merujuk kepada DAP

Antara bekas pemimpin PAS yang ghairah dengan idea penubuhan PAN bagi kononnya menggantikan peranan...

PAS Sebagai ‘King Maker’ Jadi Kenyataan – Presiden PAS

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendedahkan bahawa rancangan membawa pendekatan...

MCA sebahagian daripada BN, tegas Wee

MCA adalah sebahagian daripada komponen Barisan Nasional (BN), kata Presidennya Datuk Seri Dr Wee...

Shahril Hamdan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menjadi pemimpin ke-2 parti itu yang disahkan positif Covid-19 minggu ini, selepas pulang dari Sabah. Sumber parti itu pada Isnin...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,344PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan