25.1 C
Kuala Lumpur
Monday, January 18, 2021

Dua Lagi Dicari Bantu Siasatan Kes Bunuh Kevin Morais

M Vishwanath (kiri) dan R Dinishwara. - Foto ihsan PDRM
M Vishwanath (kiri) dan R Dinishwara. – Foto ihsan PDRM

Polis sedang mencari dua lagi individu berhubung kes bunuh Timbalan Pendakwa Raya, Anthony Kevin Morais.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, dua individu berkenaan ialah Dinishwaran a/l Raman, 23, and Vishwanath a/l Murugaya, 25, bagi membantu siasatan dalam kes pembunuhan Morais di mana mayatnya ditemui dalam tom dram yang disimen di Subang Jaya pada 16 September lalu.

Alamat terakhir Dinishwaran ialah Estet Batu Pekaka di Kedah, manakala Vishwanath di Taman Desa Karangan, Sungai Karangan di Kedah.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai di mana kedua-dua individu ini diminta untuk menghubungi ibu pejabat polis Sentul di talian 03-40482222 atau pegawai penyiasat, ASP Wan Abdullah at 012-3482737.

Setakat ini, tujuh individu direman, termasuk seorang pegawai perubatan tentera yang didakwa terlibat dalam perniagaan yang menyalahi undang-undang semasa masih bertugas sebagai penjawat awam.

Pakar pantologi berusia 52 tahun itu terlibat dengan beberapa kes rasuah yang masih dalam perbicaraan.

Tiga Timbalan Pendakwa Raya termasuk Kevin, terlibat dalam pendakwaan terhadap pakar pantologi itu sejak 2013.

Kevin Morais, 55, dilaporkan hilang pada 4 September lalu selepas kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur untuk ke pejabatnya di Putrajaya dengan menaiki kereta Proton Perdana dengan nombor pendaftaran WA6264Q.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.