Dua laluan percubaan KT Komuter mulai 15 Disember - pakdin.my

Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad bakal membuka dua laluan percubaan perkhidmatan komuternya mulai 15 Disember ini.

Laluan percubaan itu adalah laluan Tanjung Malim/Rawang ke Pelabuhan Klang dan Batu Caves ke Seremban/Gemas.

Dalam satu kenyataan oleh KTM Berhad hari ini, pelaksanaan laluan ini adalah sebagai langkah persediaan untuk menghadapi projek Peningkatan Infrastruktur Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT) yang akan bermula pada April 2016.

“Projek di bawah inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ini bertujuan meningkatkan kapasiti dan memastikan kemampanan tahap perkhidmatan KTM Komuter sebagai pilihan mobiliti di Lembah Klang,” katanya.

Kenyataan itu juga menyatakan pelaksanaan laluan percubaan ini juga telah mendapat kelulusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan akan dilaksanakan selama enam bulan bagi melihat impak terhadap perkhidmatan tren aliran penumpang KTM di sektor KVDT.

UTAMADua laluan percubaan KT Komuter mulai 15 Disember

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium