Statistik Corona

Malaysia
2,082,876
Confirmed
Updated on September 19, 2021 00:55 12:55 am
Malaysia
1,840,450
Recovered
Updated on September 19, 2021 00:55 12:55 am
Malaysia
219,359
Active
Updated on September 19, 2021 00:55 12:55 am
Malaysia
23,067
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,188,529
Confirmed
Updated on September 19, 2021 00:55 12:55 am
Indonesia
3,983,140
Recovered
Updated on September 19, 2021 00:55 12:55 am
Indonesia
140,323
Deaths
Updated on September 19, 2021 00:55 12:55 am

Thailand

Thailand
1,462,901
Confirmed
Updated on September 19, 2021 00:55 12:55 am
Thailand
1,317,527
Recovered
Updated on September 19, 2021 00:55 12:55 am
Thailand
15,246
Deaths
Updated on September 19, 2021 00:55 12:55 am

Global

All countries
228,897,177
Confirmed
Updated on September 19, 2021 00:55 12:55 am
All countries
203,774,223
Recovered
Updated on September 19, 2021 00:55 12:55 am
All countries
4,698,879
Deaths
Updated on September 19, 2021 00:55 12:55 am

Dua Lelaki Cedera Dalam Kebakaran Panggung Wayang Di Sandakan, Sabah

panggung-wayang-terbakar-sandakan

SANDAKAN: Dua lelaki cedera dalam kebakaran yang memusnahkan tingkat bawah sebuah panggung wayang di Jalan Leila dekat sini, Sabtu.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong berkata ketika kejadian kira-kira 3.35 petang itu, sejumlah pelanggan sedang menonton wayang di tingkat satu panggung itu.

Beliau berkata kebakaran di bahagian bawah panggung itu dapat dipadamkan susulan tindakan pantas pihak bomba yang dapat menghalang api daripada merebak di bangunan dua tingkat itu.

Beliau memberitahu pemberita di sini bahawa asap tebal menyerap naik ke tingkat atas melalui saluran pendingin hawa hingga menimbulkan rasa panik dalam kalangan penonton di tingkat satu panggung itu.

“Ada penonton yang menyelamatkan diri dengan keluar melalui tingkap yang dipecah dan ada yang menggunakan laluan tanggan dalam keadaan gelap.

“Ekoran itu, dua lelaki luka di tangan kerana memecahkan cermin di tingkat satu untuk menyelamatkan diri,” katanya.

Rowell turut menafikan laporan portal bahawa berlaku letupan di dalam panggung berkenaan.

Ketua Zon Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan Anddre Andrew pula berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 3.44 petang dan tiba di lokasi sepuluh minit kemudian.

Sebanyak enam jentera dan 26 anggota bomba serta lima anggota Jabatan Pertahanan Awam Sandakan dihantar ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran, katanya.

Berkaitan