GEORGE TOWN: Polis menahan dua lelaki termasuk seorang warga Myanmar dan merampas 49 butir peluru di sebuah hotel bajet di Love Lane, di sini, Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata kesemua peluru 9mm berkenaan ditemui dalam kotak yang disembunyikan dalam beg milik lelaki tempatan berusia 48 tahun itu.
“Kedua-dua lelaki yang ditahan dalam serbuan pukul 11.30 malam itu bekerja di hotel berkenaan dan memang tinggal di situ,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata lelaki Myanmar berusia 30 tahun yang ditahan dalam serbuan itu juga tidak memiliki dokumen perjalanan diri.
Mior Faridalatrash berkata siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan dari mana lelaki itu mendapat peluru berkenaan dan motif dia menyimpannya dalam jumlah yang banyak.
Dua lelaki ditahan bersama 49 butir peluru: PULAU PINANG – Dua lelaki termasuk seorang warga asing ditahan po… https://t.co/PrhNGWq7OD
Dua lelaki ditahan bersama 49 butir peluru https://t.co/Svejrup5Ga
RT @KamaluddinIdrus: Dua lelaki ditahan bersama 49 butir peluru https://t.co/5QTc0Ypzsg https://t.co/ncFIdX0LkV
Rusdi Ojan liked this on Facebook.