Dua masjid di Pendang terbakar, dipercayai angkara khianat - pakdin.my

PENDANG: Dua masjid di daerah Pendang di Kedah ditemui terbakar awal pagi Isnin.

Kejadian disedari khariah masjid terbabit sewaktu tiba untuk menunaikan solat subuh kira-kira jam 5.30 pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah, kejadian berlaku di Masjid Kampung Rambai dan di Masjid Pendang dan kedua-dua masjid itu dipercayai dibakar sekitar jam 5 pagi.

Susulan itu, Imam Masjid Kampung Rambai, Ismail Yahaya, 33, telah membuat laporan polis selepas menyedari masjid berkenaan terbakar.

Arriz Sham berkata, pihaknya turut menerima laporan dari jemaah Masjid Pendang yang memaklumkan ternampak permaidani di pintu tepi terbakar pada jam 5.15 pagi dan menghubungi pihak bomba untuk membantu memadam kebakaran itu.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati, kebakaran di Masjid Pendang telah dipadam pihak bomba terlebih dahulu manakala kebakaran di Masjid Kampung Rambai dipadam kariah masjid berkenaan.

Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan bakar pada permaidani di pintu hadapan Masjid Kampung Rambai dan kesan bakar pada karpet di pintu tepi Masjid Pendang.

Pemeriksaan juga mendapati ada kamera rakaman litar tertutup (CCTV) di Masjid Pendang namun tidak berfungsi manakala Masjid Kampung Rambai pula tidak mempunyai CCTV.

Arriz Sham berkata, seorang saksi yang ternampak kejadian di Masjid Pendang memaklumkan dia melihat dua lelaki menaiki motosikal yang memasuki kawasan masjid.

Susulan itu polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 26 tahun kira-kira jam 12 tengahari tadi di sekitar daerah Pendang.

Lelaki itu ditahan untuk membantu siasatan berhubung kebakaran dua masjid itu.

UTAMABERITADua masjid di Pendang terbakar, dipercayai angkara khianat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium