Sunday - August 1, 2021 @ 10:13
BERITANASIONALDua Maut Bas Langgar Lampu Isyarat Di Simpang Empat Persiaran APEC, Cyberjaya.

Dua Maut Bas Langgar Lampu Isyarat Di Simpang Empat Persiaran APEC, Cyberjaya.

KEMALANGAN BAS…Keadaan bas RapidKL yang dipandu Ismail Ahmad, 54, terbabas di simpang empat Persiaran APEC, di Cyberjaya selepas merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipandu Foo Hong Kam, 55, yang memecut laju di persimpangan lampu isyarat di sini, Rabu. Hong Kam maut ditempat kejadian ekoran kecederaan parah di kepala manakala Ismail pula disahkan meninggal dunia di Wad Kecemasan Hospital Putrajaya akibat cedera parah di kedua-dua belah kaki.

Dua lelaki maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas dan kenderaan pacuan empat roda di simpang empat Persiaran APEC, di sini, Rabu.

Dalam kejadian 11.30 pagi itu, pemandu kenderaan pacuan empat roda, Foo Hong Kam, 55, maut di tempat kejadian manakala pemandu bas RapidKL, Ismail Ahmad, 54, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Putrajaya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang DSP Zaldino Zaludin berkata kejadian dipercayai berlaku apabila bas yang dipandu Ismail melanggar lampu isyarat merah dan merempuh kenderaan pacuan empat roda tersebut.

Bas tersebut turut melanggar sebuah motosikal, namun penunggang tersebut hanya mengalami cedera ringan, katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata keseluruhan kejadian dirakam kamera litar tertutup yang ditempatkan di situ.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here