DUA MAUT DI HEMPAP KREN TUMBANG DI KLANG - pakdin.my

KLANG: Lelaki dan wanita dipercayai suami isteri maut selepas kren statik tumbang menghempap kereta dinaiki mereka di Persiaran Astana, Meru di sini, hari ini.

Jurucakap bomba Selangor berkata, pihaknya menerusi sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan awam pada 12.35 tengah hari.

“Pemeriksaan kemudian mendapati kereta yang melalui jalan itu dihempap satu kren statik projek pembinaan di kawasan berkenaan.

“Dua mangsa iaitu lelaki dan wanita yang berada di dalam kereta itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera di kepala,” katanya.

Mangsa dikenal pasti sebagai Abd Rahim Abd Rahman, 61, dan Nurhayati, 56.

Ketika kejadian, kedua-dua mangsa sedang menaiki kereta jenis Perodua Axia berwarna biru gelap.

Menurutnya, kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat.

20161104-2-maut-dihempap-kren-di-klang

Ini kejadian ke-2 membabitkan kren, selepas tragedi pertama pada 25 Ogos lalu, di mana seorang pemandu wanita maut dihempap besi penyangkut yang dipercayai terjatuh daripada sebuah kren di tapak pembinaan bersebelahan pusat beli-belah Pavilion di Jalan Raja Chulan.

Chim Khoo Sing, 24, yang berasal dari Pulau Pinang maut serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di tengkuk, dada dan rusuk kanan, akibat dihempap serpihan besi kren seberat 1,000 kilogram yang jatuh dari tingkat 20 bangunan hotel yang dalam pembinaan.

Kereta eksekutif pentadbiran itu terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di Jalan Raja Chulan, ketika kejadian berlaku kira-kira jam 7.15 malam.

UTAMABERITADUA MAUT DI HEMPAP KREN TUMBANG DI KLANG

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium