Lima Maut, Helikopter Terhempas Di Semenyih #pakdin.my

helikopter-terhempas-semenyih

Lima daripada enam penumpang helikopter AS365 yang dilaporkan terhempas dan terbakar di Kampung Pasir Baru, Sungai Lalang, Semenyih, Hulu Langat petang ini ditemukan maut.

Berdasarkan maklumat awal Pusat Gerakan Operasi Bomba Selangor, identiti mangsa yang terlibat dalam nahas itu masih belum dikenal pasti.

Operasi menyelemat membabitkan tiga balai iaitu Balai Bomba Semenyih, Balai Bomba Bangi dan Balai Bomba Kajang.

Berkaitan